BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 6, 2011

LIDAH BENAR: SYRIA KINI

Pada 6 hb/12, ana pergi upm untuk mendengar ceramah lidah benar tentang Syria yang disampaikan oleh syeikh khaled hasan hindawi, pembantu syeikh dr. yusof al-qardawi.berikut merupakan ucapan beliau yang sempat ana ingat dan catat::::

Syiria merupakan tempat kelahiran iman nawawi

Saidina  ali raw berkata: kerajaaan yang batil hanyalah dapat bertahan buat seketika sedangkan yang kerajaan yang hak akan bertahan lama

Pemerintah Tunisia, mesir dan Libya mengambil harta rakyat dengan jalan yang batil,kurung ulama, dan buat kerosakan yang lain. Melalui perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.Lihatlah, implikasi yang diterima mereka dikesudahan waktu mereka amatlah teruk dan hina.

1945- terjajah Syria oleh perancis dan amerika

Selepas hafiz asad naik jadi pemimpin , kerajaannya diteruskan oleh anaknya bashar asad(pemerintah kini). Pemerintahan Syria telah menjadi pemerintahan family. Pemerintah ini mengamalkan amalan syiah yang terpesong dan tidak sama dengan syiah Iraq. Golongan ini mencela aisyah raw dan telah banyak membunuh pengikut aliran sunnah. Mereka melarang kaum kerabat mereka untuk menikahi orang aliran sunnah serta tidak solat di masjid orang sunnah.

Sekarang, rejim Syria yang dipimpim basyar asad tidak diiktiraf negara2 arab kecuali iran. Golongan syiah yang ada di Syria yang melampaui batas hanyalah 6 % dari jumlah rakyat Syria dan majoritinya adalah ahli sunnah. Bagaimana mungkin bilangan yang kecil ini mampu mengatur langkah dan menjadi kuat tanpa apa2? 
Golongan membenci sunnah ini tetap disokong kuat oleh hizbullah dan iran.

Revolusi Syria bermula apabila ada sekumpulan pelajar sekolah rendah dalam 20 orang menconteng dinding yang mana contengan mereka bermaksud rejim Syria akan jatuh@digulingkan. Kumpulan pelajar ini ditahan dan diseksa dengan kejam didalam penjara sepaerti kuku2  jari tangan dan kaki mereka dijabut. Apabila ada ibubapa mereka yang cuba menebus mereka, jawapan rejim ini ialah anggaplah bahawa anak2 kamu tidak pernah wujud. Tetapi, ibubapa ini merayu dan bertegas lagi. Jawapan ygn diberikan rejim ini ialah serahkan isteri2 kamu untuk diperkosa untuk melahirkan anak2 yang baru.

Wajib keatas kita menyedari bahawa telah banyak darah2 sybab2,rijal2 seagama dengan kita yang telah mengalir menyirami tanah air mereka sendiri bagi mempertahankan yang hak. Jadi, kita harus berani untuk beri sokongan ke atas revolusi di syria

Statistic semasa mereka yg syahid adalah 850 000 orang tidak termasuk yang cedera dan diseksa. 19 orang doctor telah dibunuh bersama pesakit2 mereka. Yang dasyat lagi, isteri2 diperkosa di hadapan suami2 mereka oleh rejim ini. Di tempat kelahiran Khalid al-walid ini, ada wanita yang dikerat empat kerana mempertahankan mereka dan takut berbuat mungkar. Oleh itu, wajib keatas kita menentang rejim yang zalim ini.

Sebenarnya, 95% rakyat Syria yg menentang rejim ini. Banyak maklumat yg tersebar adalah tidak benar terutamanya media yg dikuasai barat dan sekutunya. Bagaimana mungkin kita lebih percayakan orang yang tidak solat, tidak puasa macam kita ?

Rejim ini tidak pernah sama sekali bunuh yahudi walaupun seorang . ia menjadi seperti arnab bila berhadapan dengan Israel walaupun melaungkan seruan menentang keras tindakan yahudi.

Basyar asad dan saudaranya, maheer hanya halakan tentangan kepada pemuda dan rakyat jelata sahaja. 30 ribu tentera telah tidak bersama rejim yang zalim tersebut dan menentang rejim tersebut.

Al-qardawi berfatwa bahawa setiap pencerobohan perlu ditentang walaupun dengan sebilah pisau, dan jika mati dikira syahid. Kini, 18 negara arab berpakat untuk menyekat Syria.
Jadi, adalah peranan kita untuk mendoakan kesejahteraan Syria dan memberi bantuan semampu mungkin.

Wallahualam…………

*penulisan ini ditulis berdasarkan kefahaman ana terhadap ceramah tersebut dan jika wujud sebarang kesilapan , amatlah disesali



0 comments: