BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 24, 2012

Islam vs jahiliyyah dalam diri …by ali




Islam vs jahiliyyah dalam diri …by ali

Ali merupakan seorang pelajar grade 12 di sebuah pusat pengajian persediaan ke luar Negara.

Sejak terjerumus dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, ali merasakan bagai ada sinar baru yg menyinari hidupnya dan sinar ini tidak pernah di peroleh sewaktu zaman persekolahannya. 

Sinar ini berputik dua tahun lalu sejak ali melangkah masuk ke sebuah pusat pengajian utk menyempurnakan 12th grade seterusnya menyambung pelajaran ke universiti terkemuka di amerika syarikat.

Sejak mengikuti wasilah2 tarbiyah, ali merasakan hidupnya semakin sempurna dan dapat mengenal islam dengan lebih halus dan terperinci di samping dapat berkenalan dengan rakan2 yg punyai tujuan hidup yg sama. Ukhwah yg terjalin menjadi satu rantaian sokongan yg kuat dalam menghadapi cabaran2 dakwah dan tarbiyyah yg berbentuk fizikal dan spiritual.
 
Namun begitu, apabila ali cuba melangkah kedepan dari segi gerak kerja dakwah dan tarbiyyah(D&T), tarikan jahiliyyah juga semakin kuat. Kadang kala, ali kalah dalam menghadapi tarikan jahiyyah ini dan ia mampu menggoyangkan jiwa raga ali utk terus kekal dalam D&T.
Adakalanya, ali termenung memikirkan akan peranannya dalam D&T. ali khuatir sekiranya dia terjerumus ke dalam lubang-lubang jahiliyyah. Antara benda yg paling dirisaukan ialah hubungan ali dengan ALLAH apabila  ali tumbang ke arah jahiliyyah . Walaupun ali terus buat D&T, ali risau akan keredaan dan keberkatan dari ALLAH tidak bersamanya sepanjang 
pergerakan dakwahnya.
 
Tidak dapat tidak, ali wajib buat D&T kerana itu antara tali-tali yg dapat menarik ali ke dalam syurga yg indah dan terdapat sungai yg mengalir di dalamnya. Amatlah cantik nan indah tempat tinggal orang2 yg mendapat keredaan tuhanNya. Oleh kerana itu, gerak kerja diteruskan namun hati ini sering gundah gelana apabila memikirkan saat2 diri ali tewas kepada jahiliyyah. Walaupun kadang kala rasa bersalah kepada diri sendiri, naqib dan mad’u, namun perjuangan tetap diteruskan bagi mengejar cinta rabbul alamin.
 
Dalam melangkah kehadapan, ali merasakan belengu jahiliyyah semakin menebal dan sukar dikawal tambahan lagi bila mana diri keseorangan. Mahupun pelbagai cara dan altenatif diwujudkan bagi menentang jahiliyyah ini, kenapa jahiliyyah ini tidak dapat di buang secara total???

‘’Ya ALLAH, tunjukkan lah dan bimbinglah aku dalam menghadapi rantai-rantai api nerakaMu yg sungguh indah di mata dunia namun amat perit di dalam api neraka. Oleh kerana Engkau mengurniakan ujian yg sepatut aku sebagai hambaMu mampu hadapi, maka permudahkan lah bagiku untuk menghadapinya dan jangan lah Engkau memasukkan aku kedalam golongan orang2 yg berpaling dari hidayahMu. Sesungguhnya, kepada Engkaulah tempat aku meminta pertolongan.’’

Oleh kerana pergerakan D&T ini melibatkan satu gerombakan manusia, Ali merasa sangat bersalah sekiranya kealpaan ali dalam menentang jahiliyyah dalam diri merencetkan perjalanan D&T orang lain. Bagaimana harus ali menghadapi muka-muka yg telah banyak membimbing dan memimpin ali sampai ke tahap ini. Amatlah besar dan banyak pengorbanan yg mereka lakukan dalam membina fikrah dan qudwah dalam diri ali. Adakalanya ali tidak sanggup berhadapan dengan mereka bilamana ali tewas dgn jahiliyyah.
 
Sesungguhnya, jahiliyyah amat kuat pengaruhnya. Semakin tinggi usaha kita untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, semakin kuat juga tarikan jahiliyyah yg menarik kita dari mendekatkan diri kepada ALLAH. Sepanjang mengikuti D&T ini, ali dapat melihat ramai ragam masyarakat kerana kerja ini antaranya ialah untuk menyantuni masyarakat agar sedar akan tanggunjawab individu muslim. Antara perkara yg menyedihkan ali ialah melihat rakan2 ali yg dahulunya sama2 berjuang atas jalan ini,, akhirnya meraka futur. Antara sebab utama mereka futur ialah kerana munculnya bibit2 jahiliyyah dalam diri mereka dan ianya tidak segera diubati. 
 
dalam mengharungi usia muda dan kehidupan masyarakat sekeliling yg tidak mengamalkan islam secara total, semangat ali kadang kala tergoyang dek tiupan angin sekeliling. Namun, sebagai muslim yg memahami tujuan hidupnya, ali tetap akan kuatkan semangat agar bisa mengharungi jalan D&T yg sungguh panjang dan penuh onak dan duri ini.

p/s
jahiliyyah ialah semua benda selain islam….