BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 4, 2013

“السِّلْمِ


Jika dilihat dalam ayat yang dipetik, banyak pengajaran yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan seharian kita sendiri. Ianya juga berhubung kait sangat rapat dengan pengisian –pengisian dalam daurah-daurah yang telah kita jalani terutamanya dalam ISK, SH dan Gf. Sebelum mengaitkan ayat ini dengan  ketiga-tiga pengisian, saya berasa amat perlu bagi kita melihat sendiri ayat yang telah dikaji:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ {208}
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian
dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak
syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat
nyata.”
Sayyid Qutb dalam menerangkan ayat ini, telah menggunakan istilah kedamaian untuk pengertian ayat  “السِّلْمِ”   berbanding Islam yang dinamakan dalam kebanyakan tafsir. Ambiguasi bahasa ini membuka mata kita tentang banyak perkara. Sebelum menerjah ke dalam hal tersebut eloklah sekiranya saya menerangkan sikit huraian Sayyid Qutb dalam mentafsir ayat ini. Sayyid Qutb membawa kita ke dalam pemahaman aqidah, bagaimana penghayatan terhadap ayat ini akan menjadikan seorang yang faham semakin kuat pegangan aqidah Islamnya. Hal ini berikutan pemahaman Islam yang diuraikan bersangkut paut kuat dengan banyak persoalan hidup yang dilalui oleh ramai manusia hari ini. Pemahaman yang mendalam tersebut akan membawa kepada banyak perubahan ke arah yang lebih baik bagi seseorang individu tersebut.
        Dalam melihat kepada pemahaman yang dihuraikan oleh sayyid Qutb tentang ayat ini, eloklah sekiranya kita melihat pemilihan kata kedamaian yang digunakan . Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat ambiguasi bahasa yang menunjukkan bahawa Islam digantikan dengan kedamaian dalam ayat ini. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan luasnya makna Islam tersebut dan makna perkataan islam tersebut melambangkan sifat agama itu sendiri. Melihat pada ayat ini, pengarang ingin menegaskan bahawa apabila seseorang individu tersebut menerima Islam dengan sepenuh hatinya, dia akan memasukkan dirinya ke dalam dimensi kedamaian yang tidak dirasakan sebelum ini. Hal ini merupakan seolah-olah pengikatan keyakinan seseorang individu terhadap kata-kata Allah. Seolah-olah, kata-kata yang diungkapkan merupakan janji Allah sendiri.
        Dalam Ini Sejarah Kita, penekanan yang diberikan dalam pengisian ini menumpukan kea rah kesedaran manusia tentang fitrah mereka. Kesedaran tentang siapa diri mereka, dari mana asal usul kejadian mereka dan penerimaan mereka akan kuasa yang Maha Agung yang mengatur segala kejadian manusia di dunia ini. Dalam kehidupan masyarakat yang serba moden, dihiasi dengan perhiasan dunia yang serba indah dan selesa, mencuit kerapuhan nafsu dalam diri. Indahnya dunia telah acapkali berjaya menyebabkan nafsu semakin berkuasa lantas mengaburi mata manusia tentang fitrah diri mereka ini. Justeru, ayat ini seolah-olah suatu peringatan dan berupa mesej tegas Allah kepada hamba-hamba ciptaannya. Mesej yang bertujuan membangkitkan kesedaran umat manusia untuk mereka memikirkan siapa dan untuk apa mereka diciptakan.
 “Makna kedamaian ( السلم ) ini tidak dapat difahami dengan kefahaman
yang sebenar oleh orang yang tidak pernah mengetahui bagaimana hebatnya
kebingungan dan kegelisahan itu berleluasa dan berkecamuk di dalam jiwa
yang tidak mendapat ketenangan iman, dan berkecamuk di dalam
masyarakat-masyarakat yang tidak mengenal Islam atau pernah mengenal
Islam kemudian meninggalkannya kerana kembali kepada jahiliyah yang
memakai berbagai-bagai nama di sepanjang zaman.”
        Justeru, ayat ini semestinya menjadi motivasi buat sesiapa sahaja yang cuba bangkit daripada kegelapan hidup lampaunya. Kadang-kadang rasa gerun dengan pengalaman lamapu dan berada dalam lingkungan kawan yang sudah maklum hidup dalam indahnya dakwah islam menjadikan perasaan inferior menguasai diri. Maka, seseorang yang beriman akan sedar akan hebatnya sunatullah Allah lantas menerima keadaan hidup mereka seadanya dan cuba berubah ke arah yang lebih baik.
        Seterusnya, penyerahan diri ini semuanya akan berakhir dengan kepercayaan kepada kesempurnaan sistem hidup berasaskan islam. Maka setiap jiwa yang memegang janji Allah ini akan mencuba sedaya upaya dalam mengembalikan islam ke dalam hidup penduduk bumi Allah ini. Semua ini lahir dengan keinginan untuk memberikan semua penduduk bumi merasai kedamaian yang dijanjikan Allah. Justeru, pelbagai usaha untuk memenuhi tuntutan Allah akan dilaksanakan dengan segala upaya mereka. Hal ini sesuai dengan maratib amal Islam yang kita pelajari melalui daurah kita.


0 comments: