BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 30, 2011

the last post for 2011







malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan kita. sejarah kehidupan 2011, catatan suka dan duka, menyongsong tahun baru.selamat tahun baru 2012. semoga selalu berjaya dan sejahtera......wallahua'lam ....



Thursday, December 29, 2011

nasihat2 berguna untuk orang2 yang bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
 


 

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Tuesday, December 27, 2011

SISTEM AKHLAK DLM ISLAM



oDEFINASI AKHLAK
 Al-Ghazali = bawaan sifat jiwa yg mengendap didlm mendorong @melahirkan perbuatan tanpa disengaja
other= kump sifat yg mengendap dlm jiwa, & berdasarkan dorongan &pertimbangan sft itu sesuatu perbuatan itu dpt dikatakan baik @buruk mengikut pandangan manusia &dgn sft itu dia dpt melaksanakan @meninggalkannya






oKEPENTINGAN AKHLAK

1)Pengaruh besar dlm perbuatan manusia
oAl-Ghazali (Ihya Ulumuddin)
“susungguhnya semua sft yg ada dlm hati akan lahir tandanya pd anggota, sehingga tiada sesuatu perbuatan melainkan sesuai dgn sft itu”
oAllah s.w.t. berfirman
“negeri yg baik, tanah yg subur mengeluarkan tumbuh-tumbuhan yg baik dgn izin Tuhannya. Negeri yg tiada subur tanahnya , mhslkan tumbuhan dgn bersusah-payah.”(Al-A’raf: 58)


2)Pertimbangan adalah ukuran akhlak
oBerfikir sblm melakukan/meninggalkannya
oSpontan


oKEDUDUKAN AKHLAK DLM ISLAM

1)Tujuan  risalah Islam utk menyempunakan & menyebarkan akhlak yg mulia
Sabda Rasulullah s.a.w.
  “sesungguhnya aku diutus utk menyempurnakan akhlak yg mulia”

2)Definasi Islam dihubungkan dgn akhlak yg baik
Sabda Rasulullah s.a.w.
  “wahai Rasulullah apakah agama itu? Beliau menjwb : Akhlak yg baik”


3)Akhlak memberatkan timbangan kebaikan seseorag pd hari kiamat
oSabda Rasulullah s.a.w.
  “utk memberatkan timbangan pd hr kiamat adalah takwa kdp Allah & akhlak yg baik”
  “ditanya org, wahai Rasulullah org2 mukmin yg plg utama ? Beliau menjwb:org yg akhlak plg baik”


5)Org yg plg kasih & plg dekat dgn Rasulullah pd hr kiamat ialah org yg beriman &berakhlak baik
oHadith

6)Dgn akhlak yg baik, manusia terhindar dr neraka & membw manusia msk ke syurga
oSabda Rasulullah s.a.w.
  “sipulan pd siangnya berpuasa &pd mlm hr bersembahyg sdg akhlaknya buruk, mengganggu jiran tetangganya dgn perkataannya. Beliau bersabda: tdk ada kebaikan dlm ibadahnya itu, dia adalah ahli neraka”

7)Nabi Muhammad s.a.w. selalu berdoa kpd Allah agar  Allam membaikkan akhlaknya
oDoa

8)Allah telah memuji Rasul-Nya krn akhlaknya yg baik
oAllah berfirman:
  “Dan mempunyai budi pekerti yg semulia-mulianya” (Surah Al-Qalam: 4)


CIRI2 SISTEM AKHLAK DLM ISLAM

oAJARAN AKHLAK DLM BENTUKNYA YG UMUM
oIslam scr umum menyeru agar manusia berakhlak baik
oAllah s.w.t. berfirman:
  “katakanlak kpd hambaKu supaya mrk mengatakan perkataan yg baik. Susungguhnya setan berbuat bencana antara mrk itu…”
  (S. Al-isra’ :53)
oPerkataan yg baik adalah dakwah umum Islam,& stp org harus berkata baik dlm semua bentuk, baik dlm panggilan @pembicaraan biasa.
oAllah s.w.t. berfirman:
 “serta melarang dr berbuat yg keji,pekerjaan yg munkar &kejahatan..”(S. An-nahl:90)
Sabda Rasulullah s.a.w.
  “…berakhlaklah kpd manusia dgn akhlak yg baik”
  “Sesugguhnya hamba itu dgn akhlak yg baik akan dpt mencapai derajat org yg b’puasa & b’sembahyag”



oCONTOH AKHLAK DLM ISLAM

1)Memenuhi janji
oAllah s.w.t. berfirman:
  “hendaklah kamu menepati janji, sesungguhnya janji manusia itu dipereksa dgn janjinya” (S.Isra’:34)

2)Larangan mengatakan sesuatu yg belum diketahui
oAllah s.w.t. berfirman:
  “jgn engkau turut apa yg tiada enkau ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan &hati itu masing2 akan diperiksa”(S.Isra:36)

3)Larangan berlaku sombong &takbur
oAllah s.w.t. berfirman:
  “jgn engkau berjln di muka bumi dgn sombong , krn engkau tiada bisa menembus bumi dgn telapak kaki engkau& xkan sampai engkau setinggi gunung”(S.Isra:37)

4)Larangan berlaku kikir &boros
oAllah s.w.t. berfirman:
  “berikanlah kpd karib kerabat itu haknya masing2&kpd org miskin& org musafir. Jgnlah engkau pemboros. Sesungguhnya pemboros itu saudara setan” (S.Isra:26-27)

5)Adil dlm semua keadaan, bahkan kpd org kafir
oAllah s.w.t. berfirman:
  “apabila kamu berkata hendaklah dgn adil, sekalipun tempat berkata itu org yg kerabat dgn kamu”(S.Al-An’am:152)
  “hendaklah kamu adil krn adil itu lbh dkt kpd takwa”(S.Al-Maidah:8)

6)Bertolongan dlm kebaikan &b’takwa dlm sgl hal yg mendtgkan manfaat kpd ummat manusia
oAllah s.w.t. berfirman:
  “bertolongan kamu b’buat kebajikan &takwa &jgnlah kamu bertolongan b’buat dosa& aniaya”(S.Al-Maidah:2)

7)Kezaliman
oMerupakan kegelapan pd hari kiamat &siksaan yg pedih
oT’putus hbgn dgn Allah
oJauh dr rahmat Allah
oa) melanggar p’aturan Allah
ob) b’bohong t’hdp Allah
o“org2 aniaya itu, tiada mempunyai kawan” (S.Al-Hajj: 71)
 
8)Sabar
oS.Al-Imran:200
o3 jenis sabar:
  a) dlm mengerjakan ketaatan
  b) mghadapi kemaksiatan
  c) mghadapi takdir Allah
o“hendaklah engkau bersabar krn Allah tiada menyiakan pahala org yg berbakti” (S.Rum:60)

9)Benar
o“hai org2 b’iman takutlah kpd Allah & sentiasa b’sama org2 yg benar” (S.Taubah: 119)

10)Dusta
oJauh dr hidayah Allah
oSft org munafiq
o“sungguh Allah tiada menunjuki org yg berlebihan & pendusta” (S.Al-Mu’minun:28)

11)Sombong, ujub, kikir & riya’
oPykt hati yg menghapuskan cahaya hati & jauh dr Allah
o“jgnlah engkau miringkan pipi engkau kpd manusia krn kesombongan & jgn pula engkau b’jln dimuka bumi dgn bersuka ria. Sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yg melenggang krn kesombongan lg bermegah2”(S.Al-Luqman:18)

12)Serderhana dlm perjalanan & jgn nyaringkan suara
o“hendaklah kau sederhana dlm perjalanan engkau  & rendahkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar”(S.Luqman: 19)

13)Ttp dlm kebenaran, didlm berbuat ibadah &lain2

14)“bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & kedlm syurga,lebarnya seluas langit&bumi,disediakan untuk org yg takut kepadanya. Yaitu org yg menafkahkan hartanya seketika suka&duka,org2 yg sabar menahan marah,org2 yg memaafkan manusia &kesalahan.”(S.Al-Imran: 133-134)

15)Larangan hasad dengki
oDoa supaya tiada sifat dengki
  (S.Al-Kasyar:10)

16)Org jahil jgn dilayani
o“ambillah maaf, suruhlah mengerjakan kebajikan &berpalinglah dr org jahil”(S.Al-A’raf:199)
17)Islam memberi petunjuk yg lengkap dlm bidang akhlak
o3 ayat quran
o“-jgn memperolokkan kaum yg lain,blh jd is lbh baik drpdnya
   -jgn caci-mencaci
   -jgn memanggil dgn gelaran yg xbaik”
    (S.Al-Hujurat:11)




oCONTOH2 AKHLAK RASULULLAH
1)Malu
2)Bertolongan
3)Hati2
4)Berkasih sayang
5)Larangan melanggar hak seorg muslim
6)Dilarang berlaku munafiq
7)Larangan marah
8)Riya’,sum’ah,ikhlas
9)Larangan bertengkar & berdebat
10)Lancang lidah
11)Larangan b’sft ‘ujub & kikir
12)Meninggalkan kate2 yg tidak berfaedah
13)Amanah & memenuhi janji
14)Benar & dilarang berdusta
15)Kuat &mempunyai cita2 yg baik
16)Perbuat kebaikan &meninggalkan kejahatan
17)Berhati2 & bewaspada
18)Xblh menghina diri sendiri
19)Hidup berkasih sayang & bantu-membantu


 

Antara Semalam dan Hari Ini [INI SEJARAH KITA!!!]

Antara Semalam dan Hari Ini [INI SEJARAH KITA!!!]

قُل يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعاً الَّذِي لَهُ مُلكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ يُحْيِـي وَيُمِيتُ فَآمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi;tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk"
                                                                                                            [Al-A’raaf :158]
§  Risalah Nabi saw - pemisah alam gelap dan cahaya dan pengisytiharan bagi satu sistem baru untuk manusia.
§  Quran menjelaskan segala usul pemulihan sosial berasaskan:

o   rabbaniah
o    ketinggian manusia
o    akidah pembalasan
o    ukhuwwah kemanusiaan
o    takaful lelaki dan wanita
o    jaminan social
o    mengekang nafsu
o    ketegasan undang-undang
o    penyatuan ummat
o    jihad menegakkan kebenaran
o    kepentingan wujud negara Islam

§  Perlunya amalan disamping teori. Kewajipan akan melahirkan hasil pemulihan manusia:

o   solat dan munajat
o    puasa dan iffah
o    zakat dan infaq
o    haji dan renungan
o    kerja usaha
o    jihad
o    Nasihat
o    mencari ilmu
o    muamalah yang baik
o    menjaga jasad
o    solidaritas sosial

§  Tegaknya Negara Islam Pertama atas asas syumul ini. Lahir kesatuan kemasyarakatan, politik dll. Ia berjaya hancurkan keberhalaan, syirik, yahudi dan kristian dari bumi Arab. Terus mara ke Eropah dari timur dan barat. Semua laut dikuasai oleh Islam.
§  Umat Islam mengambil semua tamaddun dunia dengan tapisan Islam.
§  Faktor kelemahan mula menyerap:
o   perselisihan politik dan perebutan kuasa
o    agama menjadi cakap dan perdebatan
o   tenggelam dalam kemewahan
o    perpindahan kuasa kepada bukan Arab
o   lalai ilmu Sains
o    ghurur dengan kekuatan sendiri
o   terdaya dengan kuffar - jadi pak turut

Pertarungan politik :
o   Monggol menyerang, negara Islam pecah, Kristian ambil peluang.
o   Umat mula sedar- Solahuddin & Zahir Baybars menangkis - Islam tegak kembali dan menawan Istanbul melalui Othmaniah.
o   Eropah menggunakan ilmu dari tamadun Islam bangkit - menawan Sepanyol. Mereka maju dengan cepat, meneroka dan mencipta.
o   Serangan baru - menjajah negeri Islam dan menghancurkan Othmaniah selepas perang dunia I. Pusaka Othmaniah dibahagikan sesama kristian.
o   Umat bangkit kembali - menuntut kebebasan dan kemerdekaan.

Pertarungan Kemasyarakatan [Sosial]
o   Tamaddun Islam membuka mata Eropah - ditentang oleh gereja -penyiksaan - akhirnya gereja kalah dan dicampakkan ke ruang yang sempit.
o   Kemajuan berterusan dan agama diketepikan - kehancuran mula terserlah kerana terlalu kebendaan : (Menolak tuhan/ kebebasan tanpa sekatan/ kebebasan individu/ riba dll) Eropah gagal membahagiakan manusia.
o   Cengkaman kebendaan menular ke dalam umat Islam - barat ekspot materialism dan menghalang unsur kekuatan.
o   Eropah menguasai ekonomi umat, membawa cara hidup mereka, membina sekolah untuk serangan pemikiran.
o   Umat Islam mula kagum dengan barat dan cuba membuang Islam (Turki). Islam digambarkan secara silap.
Eropah menang dalam perang sosial selepas perang politik.

Dakwah Islamiyyah adalah Penyelamat
§  Beban adalah berat. Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu : (bebaskan tanahair Islam dan mendirikan daulah Islam).
§  Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan membuang penyakit dan jenayah.
§  Cara kita :

o   Iman yang mendalam
o   pembentukan yang rapi
o    kerja yang berterusan.

§  Wasilah kita ialah semua cara yang syar’I - terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk buat perubahan.
§  Akan ada orang yang memandang remeh dan menganggap tidak mampu merubah.
§  Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, kerajaan dan negara-negara akan menentang bila mereka tahu. Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan pengusiran mesti berlaku. Bersedialah !
§  Kita akan menang - (sebaik-baik dakwah, keperluan manusia, kesucian niat kita dan pertolongan Allah) menguatkan keyakinan kita.
§  Perlu segera menyahut seruan, mengukuh fikrah dan kesatuan.
§  Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau persatuan terhad. Kita adalah roh baru untuk ummat manusia.
§  Dakwah kita - Islam dan politik sebahagian darinya.
§  Kita bukan golongan penentang tetapi akan menentang sesiapa yang menghalang kebenaran.

Inilah Ana….
Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid Hasan Al-banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:
Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya, anda pula siapa?”
Soalan :
Part 1 : Sejarah Jatuh Bangun Ummat
  • Apakah sebab utama yang menjadikan orang Arab hebat dari segi sains dan teknologi pada abad 9, 10 dan 11 masihi ?
  • Kebanyakan sumber tamaddun Islam pada abad-abad tersebut adalah di ambil dari tamaddun bukan Islam seperti China, India, Rom, Greek/ Yunan. Mereka menjadi maju kerana mengambil tamaddun tersebut. Kita di zaman ini juga perlu berbuat demikian (mengambil dari tamaddun barat) untuk maju. Apa komen anda?
  • Bagaimana barat berjaya mempengaruhi orang Islam hingga menjadikan orang Islam terikut dengan cara mereka?
  • Di mana silapnya barat.. walaupun mereka maju sains dan teknologi tetapi mereka tetap menderita perasaan dan hidup mereka. Apakah sains dan teknologi tidak boleh membantu kebahagiaan manusia?
  • Apa kesan terbesar bagi umat Islam bila mereka tidak lagi mempunyai negara Islam dan seorang khalifah ?

Part 2 : Tugas dan Peranan
  • Memandangkan apa yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, apakah tanggungjawab yang paling perlu dibuat oleh Umat Islam hari ini ? Jelaskan mengapa ianya paling perlu ?
  • Bagaimana cara untuk sampai kepada matlamat tesebut ?
  • Apakah perkara-perkara yang menjadi faktor menjamin kemenangan dan kejayaan matlamat kita?