Nota THIS IS OUR HISTORY (ISK)
-------------------------------
5 MUQADDIMAH
-Apa maksud 'OUR HISTORY'?
-----------------------------
amik dari belakang..siapa KITA? pelajar ke melayu ke org malaysia ke.
yang penting skali Islam.kita adalah muslim. yg kedua
penting kita adalah pelajar.kemudian kita melayu (?).
apa hebat sangat melayu?"takkan melayu hilang di dunia"
di sisi Allah melayu tak penting. ALlah jadikan kita berpuak2.kita pilih
ke nak jadi melayu?Allah yang tentukan kita secar rambang dalam rahim
dulu.Kalau la masuk syurga Allah pilih ikut bangsa nescaya zalim la Allah.
kita takde pilihan
iman dan takwa yang tentukan masuk syurga.iman perlu ada 3 - hati lisan
amal.syarat masuk syurga hati dan amalan.
Islam adalah ayahku Islam adalah bangsaku Islam adalah tanahairku-
kata2 sahabat
bila ayah ada islam maka semua org islam adalah adik bradik ku.
Kisah time perang zaman nabi..kisah A B C. tangkap tentera musuh pastu lalu
depan adik bradik sendiri suruh ikat lagi kemas. penting: si A dah terasa
yang bukan si B nih adalah adik bradiknya sebab dia bukan islam
kalau kita dah jelas yang 'kita' nih adalah muslim dan bukan melayu
buatpe kita nak cite pasal sejarah melayu sgt.sejarah melayu paling jauh
sgt pn sampai parameswara je-takpun pasal lembah bujang yg ada candi2
hindu
So sejarah kita adalah Islam..so kalau sebut pasal islam sejarah nya adalah
sampai nabi Adam
apa makna Islam? - submit-menyerah. posmen kata aslama surat (menyerahkan surat)
islam bermakna menyerahkan diri kepada ALlah swt. cara hidup islam
adalah cara hidup yang mnyerahkan diri kepada Allah
2:131-133
--------------------------- 00:25:04---------------------------------
kenapa Allah sebut nabi yaakub ngn nabi ibrahim? sebab org2 quraisy dan yahudi
kata nabi yaakub ngan nabi ibrahim adalah yahudi bukannya Islam
Islam adalah kata kerja bukan kata nama. pernah dengar guna islam huruf besar ke
huruf kecik ke? belajar bahasa melayu sket.mana betul huruf besar ke huruf kecik?
saya Islam betul ke saya islam?
antara kata nama khas vs kata kerja - yang mana satu Islam? adakah kata nama khas atau
kata kerja? sepatutnya guna islam - as kata kerja.bukan kata nama. kena buat dulu
baru dikira as islam.tak solat pun nak mengaku islam.apa cer?
kesimpulan muqaddimah pertama - islam adalah sejak dari nabi adam dahulu lagi
start lukis graph- bermula line dari nabi adam.
----Muqaddimah Ketiga----
kenapa kita nak bentangkan sangat sejarah?
Allah beri kepada manusia:
HADIS LOGAM - "annasu maadinu. khiyaruhu filjahiliyati, khiyaruhu filislami,
iza faquhu"
hadis riwayat bukhari atau muslim - dedua ada tapi ada sdikit kelainan tapi maksud
sama
"manusia itu logam. mereka yang smart,hebat,bagus,terpilih semasa jahhiliyah, mereka
juga hebat semasa Islam"
kalau orang tu berani ketika jahiliyah..adakah selepas di masuk Islam dia kena buang
berani dia? atau garang? atau sombong. tapi nabi kata dengan syarat dia faham.
contoh: saidina umar.dia nih mmg ganas.suka tampor orang.gedebe.syaitan pun takut kat
dia.kalau dia lalu jalan, syaitan pn takut nak lalu jalan bekas2 syaitan ni.benar2
hebat dia.
nabi berdoa untuk: Ya Allah tlg lah Islam dengan salah satu Umar. sebab nabi tau
dia akan berguna untuk islam.kalau tak nanti dia akan kuat menentang islam.contoh mcm
awak.awak sume logam yg hebat2.bukan logam kodi2 je.bukan logam proton saga.kalau kita
x guna untuk islam, nanti awak semua akan jadi tali barut kepada musuh, bush, komunis
akan lawan org islam
tapi kalau dia faham islam. dia akan banyak menyumbang kepada islam. tapi dengan syarat
adalah apabila dia faham. Faham?
hadis kedua:
"man yuridillahu bihi khairan yufaqihu fiddin" - sesiapa yang Allah kehendakkan
kebaikan baginya nescaya Allah akan kurniakan kefahaman dalam deen.
kalau kita nak tahu Allah nak bagi kebaikan kepada kita ataupun tak bukannya dengan
Allah bagi kita datang Uk atau berjaya SPm atau dapat datuk atau dapat kawin ngn sultan
brunei ataupun apa2 la. itu bukan tanda Allah sayang padanya. tapi tandanya adalah
Allah bagi kefahaman dalam agama.
yufaqqihu- fiqah - dalam bahasa makananya faham.
dalam pembahagian ilmu islam ada: 1. aqidah 2. fiqah 3.akhlak/tasawuf
fiqah dalam hadis nih bukannya maksud kena tahu sume hukum fiqah.cntoh para sahabat
nabi bukannya pakar2 fiqah2 belaka.contoh sumaiyyah. mati awal sebelum tahu semua
hukum feqah. syahid awal.quran pun tak turun lagi.
puasa diwajibkan kepada tahun kedua hijrah - setelah 15 tahun nabi dpt islam.sumaiyah
mati tahun keempat atau kelima
kalau nak bandingkan tentang fiqah dia dengan imam shafie mana lagi banyak?tapi mungkin
kefahaman islam dia lebih sebab sanggup mati syahid.
tak semestinya kena pergi azhar baru nak faham agama.
cerita dari ustaz:
masa dia skolah dulu. budak skolah arab tak pakai tuudng mcm nih. tapi dia pakai tudung
ikat.ustazah2 plak yang belajar di azhar pada tahun 70an. pakai tudung nampak rambut
mcm datin2, mcm artis2 masa membe dia mati untuk pergi tahlil.
begitulah ustazah2 di azhar mesir.banyak album2 di mesir time ustaz sampai.gambar2 pakai
skirt. ngn stokin panjang.
ada satu buku "kisah biografi nik aziz" - ada gamba nik aziz waktu muda dulu. ada radio
ada gambar perempuan2 pakai tudung nampak rambut
masa ustaz kecik.datang la seorang perempuan tudung labuh ke rumah, mak ustaz ustazah
tapi tak pakai tudung.ustaz pn tanya mak dia sape yg pakai tudung tuh? mak dia cakap
kakak nih baru balik UK.
yang bawak revolusi pakai tudung di Malaysia pada 70an adalah dari UK dan bukannya
ustazah2 dari Mesir. harap ajar je bab aurat kat skolah tapi tak amalkan.
cabang deen ada 3 yang tadi.kalau faham satu bahagian saja x ckup untuk nak mengaku
kata faham deen.
cmana nak faham? tengok 7:179
Allah jadikan 3 anggota..mata telinga hati. faham di sini adalah faham dengan hati dan bukannya
faham dengan kepala.kena faham wahyu.kalau x masuk neraka.kena faham wahyu=quran
tak salah tengok tv dengar radio tapi jangan dengar pekara yang merosakkan hati.kalau
dah rosak hati.cmana nak faham wahyu?
kalau baca buku medic kering je rasa.tapi kalau baca novel mula rasa basah. Allah telah
bahagi kepada 2.
zaman kat Mekah dulu orang Mekah lebih kepada satu bahagian je.banyak syair.
kita ada 2 bahagian. HATI VS OTAK
orang arab dulu otak = out. tapi hati dia power- banyak syair.lembut.Allah bagi kekuatan
hati nih semulajadi tak perlu belajar.lahir2 dah pandai nangis tak perlu belajar
sapa yang tengok cite sedih mesti nangis.blajar phd pn akan nangis gak kalau tengok cite
sedih. tapi bila kita gi skolah, bahagian otak pn naik.
sapa yang kontrol manusia?bahagian mana kontrol manusia? HADIS: hati - faiza fasadat
fasal jaasadukulluhu....(end)
yang kontrol manusia adalah hati bukannya otak
dekat university di UK ada professor usul fiqah, ekonomi islam, tapi agama kristian
dia paham quran.pandai tafsir quran.mereka nih terer otak bukan terer hati. paham
quran tapi tak masuk islam.kita kalau nak faham kena faham dengan hati
----Muqaddimah Keempat-----
otak manusia terbelah kepada 2.sebelah kanan kreatif2..sebelah kiri matematik je
ala sibuk satu campur satu plak..aku tengah sedih nih (otak kiri vs otak kanan)
manusia nih ada EQ ngan IQ
orang perempuan dengan laki berbeza.Perempuan emotional.Lelaki rational.secara umum
"perempuan itu kurang 2 benda. Pertama agamanya. kedua akalnya"- hadis sahih - sahih bukhari
hadis 298
kurang agama kerana separuh dari waktunya tidak solat. kurang akalnya kerana
Allah kata apabila bersaksi 2 perempuan menyamai satu lelaki.
akal dalam bahasa melayu tak betul n x sama dengan akal yang sebenar dalam islam.
akal sebenarnya adalah bahagian yang sebelah kiri otak tu.
rasional nih baik ke?emotional ni baik ke?tapi kadang2 dedua x baik.
Allah jadikan dunia nih separuh lelaki separuh perempuan.(katakan)
setengah2 kerja perlukan kepada emotional.contoh: jaga anak (tadika)..untuk suami.
kalau anak nangis tengah malam.kalau ayah dia secara rasional amik selotep tutup
mulut anak.tapi kalau emak dia tepuk2 sampai diam.
otak ada 2 bahagian..tgh2 ada satu saluran yang menyambungkan antara keduanya.orang
lelaki saluran dia tebal.org perempuan saluran dia nipis.bila tebal dia
broadband.kalau perempuan dialup je.
bila ada masalah laki akan cepat pikir secara rasional sebab saluran besar. kalau perempuan
dia lambat sket so dia buat keputusan ikut emosi je.sebab lambat
'cantik' tuh adalah benda yang abstrak.seni adalah abstrak.kisah suami isteri.ada kata
padan ada kata tak.ada kata huduh ada kata ensem.sume benda nih adalah abstrak.cantik
tak dapat nak digambarkan melalui engineering atau matematik
sains tulen- kimia fizik engineering - nih semua tepat.tinggal satu koma saja dah stuck.
syntax error.padahal tinggal koma je.alah berkira benar!
mesin beli kopi.ada 49p.kopi 50 p.tak bagi jugak walaupun tak ckup 1p.kalau dahaga nak
mati sekali pun dia bukan berkira pn.dia x bagi jugak!
sains sosial - law ekonomi psycology
so lahir 2 jenis manusia.manusia nombor (engineer...),ngan manusia x berkira (lawyer...)
kalau tengok atas dunia ni..siapa yang gunakan siapa?siapa yang memperkudakan siapa?
akhirnya yang menguasai dunia adalah orang sains sosial yang menggunakan orang sains tulen
tengok perdana menteri malaysia.
Bush, Blair, Lenin - sains jenis apa? sains sosial!
bukan nak suruh ubah bidang ke sains sosial. tapi nak jadikan kita pakar sains sosial
jugak walaupun kita adalah pakar sains tulen.
sebab tuh kita nak belajar ISK - sains sosial.dah muntah2 belajar sains tulen kena
juga belajar sains sosial..nak bagi balance.
baca salah faham terhadap Islam - muhd qutb
----------Muqaddimah Kelima--------
Allah jadikan dunia ni dengan satu undang2. bila masak air ckup 100 air akan masak.
satu benda akan jatuh ke bawah. siapa tetapkan? Allah tetapkan bukan newton. tapi
newton cakap dia yang jumpa.
saintis nih cakap dia 'jumpa' bukan dia buat.diorang pun tahu ada pencipta.begitulah
juga semua benda dalam dunia nih ditetapkan oleh Allah. sebab tuh kita boleh buka
fakulti dan university.
contoh fakulti fizik.kita belajar dan kita test tengok2 betul. baru nama university.
kalau tengok2 test2 lain2 semua..sekejap 200 sekejap 300..cmana ?
saintis kena kaji nak buat engine.besi cair 900..kena design enjin tahan 900.semua nih
dah ditetapkan oleh Allah..so saintis kena ikut nak design
benda kita lum jumpa lagi banyak dari benda yang kita dah jmpa.sebab tuh research buat
tak renti2 tapi ada jugak hasil.ramai mana buat research dalam bidang mcm2..tapi tak
abis2 jugak ilmu..
manusia kena pikir dia tak boleh sombong.dia just jmpa je orang punya.tu pn ada jugak
yang sombong.
yang seblah otak kiri nih sains tulen nih ada undang2 yang tersendiri.tapi kenapa
manusia belajar benda2 belah kiri nih?
untuk membangunkan manusia..memudahkan hidup manusia.
contoh belajar untuk buat ekon.nak bagi idup sejuk.pastuh?
sains tulen adalah alat.sains sosial adalah matlamat. kesenangan dan kepuasan.
kepuasan adalah di hati..kesenangan adalah dihati juga..
orang asli duduk di hutan.relax tenang.sehinggalah bila datang ada orang cite
tv kat dia.semua pening nak tv.padahal sebelum nih hidup tenang je takde tv..
selepas dah tau ada tv nak pulak semua tv.takde tv xleh idup dah.
tenang hidup seorang yang idup zaman dulu dengan seorang yang idup zaman sekarang.orang
zaman sekarang bangun awal bukan nak solat subuh.tapi nak elak traffic jam.pastuh
duduk atas keta lama2 kena ada bunyi.kena ada org cipta radio.pastuh tak puas radio
kena cipta kaset lak.pastuh cipta cd lak bagi banyak sket lagu.
makin lama makin teruk penyakit.dulu mana ada penyakit kanser.orang yang banyak amalkan
cara hidup barat paling berisiko kena kanser
orang asli ada kena kanser??
tapi kita kena faham apa tujuan kita hidup di dunia ni?
ANALOGI ROBOT..!!!!
Law..apakah law? lawyer...hakim
menyelesaikan masalah crime dalam masyarakat.adakah sebab x ckup sains tulen? dak..
bila banyak sains tulen..lagi banyak tugas lawyer..lagi banyak jalan raya lagi banyak
accident.
yang tahu manusia nih hanyalah penciptanya iaitu Allah..
sains sosial susah nak teka..susah nak predict x mcm sains tulen.naik dan turun
sesuatu bangsa susah nak predict.
matahari tak pernah turun untuk empayar british. dari new zealnd sampai ke alaska
semua adalah tanah jajahannya.1824 amik malaysia. tapi sebelum dari tu british tak kuat
sebelum tuh belanda yang lebih kuat.kecik je belanda ni.kecik2 dia pn leh jajah seluruh
dunia.tapi sebelum tuh portugis.
start dari 1800 barat mula menguasai barat
tapi selepas nih tahun 2100 ke atas sapa nak berkuasa?leh jangka x?kita xleh nak jangka.
sebelum nih kerajaan uthmaniyah..sebelum tuh abbasiyah
hidup 20 tahun kan sekarang?awak nampak x naik turun malaysia? nampak x kehebatan
dr Mahathir?orang yg idup zaman sebelum mahathir n selepas mahathir leh nampak betul2
naik dan turun dan kemajuan dalam teknologi.
kekuatan orang islam nih lebih 9 kali ganda dari orang kafir.siapa yang berusaha dia akan
dapat iaitu satu.tapi siapa yang berusaha itu beriman dia akan dapat 10.
lenin, meiji semua buat dan usaha dia dapat sebab dia ikut sunnatullah.
tamat muqaddimah (5)
------------------------------------------------------------------------------------
pernahkah kita terfikir tentang masa depan agama kita> yang kita sibuk adalah belajar
je..mentang2 dpt scholar dah tanak pk..dah rasa dah mewah dan hidup senang dah
masa birtish datang malaysia time dia tinggalkan malaysia dia tinggalkan manusia2
yang mana akan melaksanakan sistem2 british time british dah xde nanti.
contoh dia tubuhkan MCKK...dia gunakan untuk didik orang2 yg sains sosial..contoh
dia didik org law then hantar ke UK
mentaliti masyarakat..kelas yang last baru antar ke pengajian agama.yang 1st klas
antar utnk sains tulen..lawyer..dan lain2..bbritish dah berjaya ubah pemikiran
masayarakat islam..at last kita tak dapat lahirkan ulama2 yang hebat seperti
qardhawi
contoh ulama' ekonomi hebat di malaysia adalah Dr Daud - penasihat syariah stok2 dan bank2
di US.asalnya UIA tapi sekarang dah buka consultant untuk bank2 islam.dia nih dari KISAS
cmana leh lompat ke sains sosial walaupun dia nih pandai time skolah dulu?sebab dia sendiri
yang nak.
apakah sebab2 kenaikan dan kejatuhan sesuatu bangsa:
35:42
---sifat2 orang yg ingkar.kenapa tak tengok kisah2 orang terdahulu.kamu takkan dapati
pada sunnah ALlah itu apa2 perubahan.benda yang sama berlaku.kalau kita menolak
apa yang dibuat oleh rasul dia akan jatuh. Allah suruh berjalan.tengoklah kisah2
kesudahan
----------------- 02:41:29----------------------------------------------------
masa adalah makhluk. nama aku adalah masa kerja aku mengira. bila dah takde masa nanti
Allah nak ciptakan manusia untuk jadikan khalifah di bumi ni. Malaikat tanya kenapa sedangkan akan buat kebinasaan di bumi ni.sebab jin sebelum nih dah Allah jadikan untuk rosakkan bumi
Penciptaan manusia. Allah mintak iblis sujud kepada Adam. Iblis enggan sujud sebab dia dijadikan dari api. Adam dijadikan dari tanah. Sifat api mmg dia akan naik ke atas bila ditiup atau apa2 manakala tanah lempar2 tinggi akan jatuh ke bawah juga sebab berat. Baca al’araf
Iblis mintak izin untuk kacau manusia. Sah dari hari tu ioblis menjadi musuh kepada manusia. Pastuh adam pn jatuhlah ke bumi. Lepas tu start la kesah manusia. Kenapa ada cerita pasal kejatuhan adam ke bumi? Nape Allah tak campak terus je adam ke bumi? Tapi sebab nak memahamkan orang islam bahawa kita ada musuh yang nyata iaitu syaitan. Kena take note yang nih.
----------------------------------------------------2:49:03------------------------------------------------------------
Iblis dan jin dijadikan oleh Allah untuk merupa. Dia leh jadi apa2 saja merupa. Pada zaman nabi dulu ada seorang sahabat nih baru kahwin then dia baru balik dia nampak ada bini kat luar. Bini dia ckp ada ular besar atas katil dalam rumah. Dia masuk lawan pastuh dedua mati. Pastuh cerita kat nabi, nabi cakap kalau ada ular kat rumah kena la tunggu 3 hari. Pastuh cerita kat dia kalau kamu nih bukan ular keluar. Mintak 3 kali.
Kenapa manusia dijadikan dan diturunkan ke bumi?
Berapa lama sejak dari sekarang sampai ke nabi adam. Kita ngan nabi isa – 2000 tahun. Nabi isa ke nabi musa – 2000 tahun. Nabi musa anak imran. Bani israil. Duduk di mesir dibawa oleh nabi yusuf. Satu family dia. Semua skali sampai nabi adam ada 10 500 tahun. Takbrapa lama sangat. Nak jadikan petrol pn x sempat lagi.
Bila nabi adam diturunkan dia faham tanggungjawab. Khliafah ngan ubudiah. 51:56 dan 2:30
Kemudahan pada zaman sekarang nih semua perlu guna untuk khliafah dan ubudiah. Kemudahakn kereta, elektrik dan lain2 perlu guna untuk 2 perkara tuh. Kalau zaman dulu pn dia guna untuk 2 benda tuh.
Kisah Qabil dan habil. Qabil lari setelah membunuh Habil. Sebab dia menyesal. Then dia mati anak dia sebarkan islam. Lama2 ada penerusan islam. Tapi lama2 dah hilang sedikit2.
Selepas bermula kesesatan dan terlupa tentang islam Allah utus nabi idris. Pastuh dah ok. Pastuh lama2 sesat sangat sampai Allah utus nabi Nuh. Zaman tuh dah sesat sangat. Sebutkan 5 nama berhala zaman nabi nuh.
Nabi Nuh buat kapal then banjir besar. Semua mati kecuali yang duduk atas kapal. Pastuh mendarat atas bukit Judi. Bukit ararat di Turki. Zaman nabi nuh time tuh semua manusia duduk di kawasan tuh je. Takde kawasan lain. Sebab tuh ramai betul porpotion yang mati time banjir.
zaman 70-an ada ustaz2 agama di mesir yang main gitar dan kugiran. Tapi time dakwah meledak di Malaysia, mereka yang amik medic di skolah2 hebat2 di malaysia MCKK, Sek Sains, MRSM semua dihantar ke Mesir untuk buat perubatan. Pastuh mereka sampai mesir terkejut tengok ustaz2 mesir main gitar. Pastuh mereka nih robek2 gitar dan gendang2. Pastuh dilabelkan sebagai kumplan dakwah ekstreem.
Selepas ditentang nabi ibrahim lari dengan hajar dari Palestin ke Mekah. Yang beriman time tuh hanya nabi ibrahim, sarah dan nabi lut. Nabi ibrahim dengan sarah berjalan 1400 KM total. Jalan 3 beranak. Pastuh dia nak tinggalkan mereka berdua di Mekah dan nak balik ke palestin. Pastu tanya adakah buat sebab Allah suruh buat. Nabi ibrahim cakap ye. Pastuh dia cakap kalau lah Allah suruh mesti dia akan selamat di situ.
Duduklah beberapa hari sehingga bekalan air habis pastuh nampak fatamorgana kat safar dan marwah. Lari2. Kemudian nabi ismail kais2 kaki keluar air zamzam. Membesar dengan minum air zamzam je. Nabi cakap air zamzam adalah makanan bagi peminumnya
Duduk lah situ sampai besar sampai datang bani jurhum
Manna wassalwa – manisan dan daging burung. Pastu demand mcm2. Pastuh sesat selama 40 tahun kat padang pasir sinai.
Lalu Allah utuskan Talut untuk membebaskan baitulmaqdis dari cengkaman Jalut. Al baqarah nak abis juz 2 nak masuk juz 3. 3 kali cabut. Sebab talut yang ketuai. Tentera talut menang lawan jalut. Nabi daud jadi ketua baitulmaqdis.
KELAHIRAN NABI
Nabi lahir 571 diangkat menjadi rasul 610.
Allah telah beri banyak nabi kepada bani israil
Sampai lah kepada zaman nabi muhammad. Mereka masih lagi mengenali Allah. Nak tulis nak boikot bani hasyim tulis bismillahumma
Abu jahal mintak kepad Alllah, ya Allah tunjukkanlah pada harinih siapa yang jahat skali akan kalah. Waktu sebelum dia nak pergi perang badar
Orang arab masih lagi buat haji seperti zaman nabi ibrahim dan ismail. Tapi kenapa masih sembah berhala. 4000 tahun. Dah lama sangat lalu terpesong
Orang islam duduk di andalus selama 800 tahun. Buka2 universiti , ulama2 hebat menulis. Sekarang nih dah takde pape di andalus. Kosong je.
Islam bina di andalus 800 tahun. Kita sekarang baru 600 tahun. Ada jaminan x 200 tahun lagi kita akan ckp hebat islam. Andalus sekarang nih islam adalah mereka yang hijrah dari luar dari maghribi. Tiada orang asal andalus di situ.
Sebab apa Allah tukar kepada keturunan nabi ismail shift dari bani israil. Oleh sebab orang arab telah lama terceruk di arab tu.hibernate lama. Mereka ada sifat2 yg lain dari kaum lain. Mereka ada sifat2 tersendiri. Bahasa indah, berani, keperwiraan.
Zaman sebelum tuh adalah zaman kegelapan. Zaman jahiliyyah. Orang2 greek yang hebat aristotle, pithaogras hidup sebelum zaman nabi isa lagi.orang china india apa semua zaman tuh dah hebat. Orang parsi zaman tuh dah hebat ngn seni karpet. Tapi kita masih panggil dia zaman jahiliyyah. Sebab mereka masih tidak mengenali tuhan yang sebenarnya. Mereka tidak bodoh dari segi sains tulen tapi bodoh dari segi sains sosial.
ûÈõs9ur NßgtFø9r'y ô`¨B t,n=y{ ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur £`ä9qà)us9 ª!$# 4 È@è% ßôJptø:$# ¬! 4 ö@t/ öNèdçsYò2r& w tbqßJn=ôèt ÇËÎÈ
25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).
Nabi dapat wahyu umur 40 tahun. Khadijah – ali – abu bakar – zaid harithah.
Dalam masa 3 tahun dakwah dibuat secara senyap2. Orang mekah taktau sapa2 pn taktau. Yang tahu hanyalah orang yang ditarget dan org yang telah islam ni. Dia pergi sorang2 target. Takde iklan apa2. Buat markas di rumah al arqam bin abi al arqam.
Lepas tuh Allah turunkan perintah untuk sebarkan secara2 terang2an. Nabi panggil orang ramai pergi ke Bukit Safar. Tepi Kaabah. Nabi duduk atas bukit safar dan cerita. Kalau la aku katakan ada tentera ada di balik blakang bukit tuh kamu percaya x. Percaya sebab kamu tak pernah menipu. Selepas tuh nabi pun mula bercerita tentang islam.
Abu lahab datang n mencelakakan nabi. Lalu keluar ayat tabbat yada
Selepas tuh berlaku tindas menindas selama 13 tahun. Selepas 13 tahun berapa ramai yang masuk islam? Kat mekah ada 300 orang. Berapa ramaikah setahun? 25 orang setahun
Berapa ramaikah orang Mekah? 10 000 orang. Mcm mana 10 000? Perang badar 1000 (x semua keluar), perang uhud 3000 (semua keluar untuk balas dendam) perang khandak 10 000
Uhud 3000 orang lelaki. Semua keluar kecuali abu lahab. Lelaki 3000, perempuan? 3000, campur kanak2 n orang x keluar lagi sebab uzur total 10 000. Persen= 3%
Penduduk malaysia 12 juta melayu islam. Boleh x kumpulkan 360 000 dalam masa 13 tahun untuk satu2 program?
Setiap tahun masing2 cari 3 orang? Kalau kira betul2 x sampai 13 tahun leh islamkan 12 juta orang.
Orang arab nih takde keje. Masyarakat yang terpencil dan beradabawah tempurung je. Orang arab mekah tu dia kenal setiap orang dalam masyarakat. Kenal setiap 10 000. Kenal sebab takde keje mcm kita zaman sekarang sibuk pergi sana sini.belajar kerja macam2.
Nabi ketika nak kahwin dengan khadijah tahu bahawa bertemu pada suatu moyang pada yang ke berapa..17 ke 18 ke...
Orang arab hafal kuda..nasab kuda skali..nama kuda. Satu sebab takde keje. Bukan study physics ke ape2 ke. Dia kenal semua orang kat mekah tuh. Sebab tuh senang nak dakwah semua orang dalam mekah tuh. Tapi stil dapat 3% je.
Nabi gi ajak abu jahal 100 kali! Kita sanggup ke? Kita pergi jmpa sekali je tanak pastuh dah givup.
3% yang nabi dapat time tuh lah sebenarnya ‘orang’. Dalam manusia Allah memang jadikan manusia tak sama. Sebahagian daripada mereka ada mempunyai potensi yang sangat tinggi dan bagus. Emas bukan semua 24 karat. Ada yang 8 karat, 18 karat. Logam yang bermutu tak mudah nak didapati. Dalam hadis nabi: riwayat bukhari sahih. Manusia ini seperti seratus ekor unta. Hampir2 susah kamu nak cari seekor yang boleh berlari deras dan berjalan jauh. Maknanya manusia nih mmg mansia ada mata ada hidung kepala telinga kaki apa semua tapi adakah sama? Yang datang ke UK ni bukannya orang2 biasa2.tapi krim. 0.5% dari keselurhan batch. Bukan mudah kerajaan nak dtg. Daripada 400 000 berapa orang je oversea?
Kita patut syukur berada dalam kelompok ni. Nak jadi 3% nih bukan mudah. Kena tahan letak batu atas dada. Kena tahan kena ejek. Kena tahan tinggal jauh dari rumah kat mekah. Mus’ab tinggal mak dia. Mak dia nak mati 300 kali pn x pe la tak kisah. Itulah manusia yang sebenarnya.
3% nih la pati yang sebenarnya. Memang pekat. Pati nak buat jus sikit pn ckup. 1 nak kontrol 2,3 ratus yang lain pn ckup. Nabi bawak yang 3% nih ke madinah. Allah hadiahkan negara Islam di Madinah.
Nabi sampai2 terus leh buat kerajaan islam. Adakah nabi kena susah2 perang2 kat madinah tuh before nak buat negara islam? Time tuh semua dah faham
Nabi pn buat kerajaan islam dan selama 10 tahun di madinah. Habis 10 tahun berapa orang yang masuk islam? 120 000. Kenapa islam berkembang dengan sangat cepat di madinah dan masuk berduyun2 dalam islam di madinah? Tapi kenapa sikit kat mekah?
120 000 time tuh adalah khutbah wida’. Perang tabuk 90 000. Tapi takpela bagi can la. Kenaikan berapa persen? Pernah terfikir x kenapa? Mesti ada sebab tertentu?
Selepas nabi wafat di sambung pula oleh abu bakar. Berlaku peristiwa pelik iaitu orang murtad dan taknak bayar zakat. Oleh orang badwi. Lahir nabi2 palsu – musailamatul kazab, talhah al insi.
Abu bakar bila naik jadi khalifah, kesian kat dia.dah la dia lemah lembut. Tau x cemana personaliti dia. Personaliti yang sangat2 lembut. Tak banyak bercakap. Lembut je sokmo. Bila 70 orang kafir kena tawan dalam perang badar. Rasulullah tanya nak buat apa dengan 70 orang nih, abu bakar cakap lepas je diorang. Nabi tanya umar nak buat apa. Umar suruh pancung. Quran bagi 4 option, samada nak sembelih, bebas, tebusan, atau jadikan hamba.
Apa2 asyik2 abu bakar ngn umar berlainan pendapat. Abu bakar nih lemah lembut. Hadis2 yang diriwayatkan oleh abu bakar. Ada x? Takdak. Sahabat2 lain ada la. Kenapa tak ada sangat hadis2 dari abu bakar sedangkan dia atara terawal memeluk islam, teman nabi, waktu nabi wafat teman.
Cerita dalam gua tsur. Ada binatang gigit. Nangis sampai air mata jatuh atas nabi baru nabi tahu. Mmg personaliti setiap seorang itu berbeza. Lembut cmana pn tapi bila dia jadi khalifah, org murtad dan taknak bayar zakat. Dia cakap demi Allah, kalau lah mereka nih taknak bayar walaupun 1 tali unta yang mereka beri kepada nabi tapi sekarang tanak bagi kepada aku nescaya akan aku perangi. Umar time tuh terkejut. Aik dulu lembut.
Umar cakap tak boleh nak perangi orang yg xnak bayar2 zakat. Abu bakar akan memerangi mereka yang cuba memisahkan antara solat dan zakat. Abu bakar hantar 12 batalion tentera untuk memerangi merka yang tanak bayar zakat.
Seorang yang faham tanggungjawab boleh buat kerja berbanding ngn org yg boleh buat kerja tapi tak faham.
Selama abu bakar tugas abu bakar hanyalah menentang mereka nih. Islam tak berapa berkembang kerana selesaikan masalah dalaman. Bila dah beres apa semua, naiklah umar.
Jatuhlah time umar parsi dan rom. Jatuhlah mesir, periuk nasi rom, dan baitulmaqdis, pusat kepada dunia. Islam berkembang dengan hebat teruslah sampai ke zaman ali.
Akhir2 zaman saidina ali, berlaku pergaduhan dengan muawiyah, isu khawarij. Habis khulafa arrasyidin, islam dah tersebar ke sempadan china. Kalau sebelah barat dan sampai ke utara afrika, dibuka oleh uthbah bin nafi’. Dia buka dalam beberapa bulan je. sampai seberang sana turun ke lautan dengan kudanya. Kalau aku tahu ada.....
Masuklah ke zaman umaiyah. Tanak cerita skang pasal cmana leh tukar2 dan pterumpahan darah time tu. Saidina hasan sendiri bagi jawatan kepada muawiyah taknak balah2 dah. Perang siffin, perang jamal. Antara muawiyah, saidina ali, aishah. Sapa salah jangan cerita. Jangan cari siapa yang salah? Dalam peperangan siffin tuh berpuluh2 ribu orang islam. Dalam perang jamal tuh mati berpuluh2 ribu mati jugak. Siapa yang mati? Semua adalah umat islam. Sahabat2 yang hebat. Saidina usman sendiri kena bunuh. Orang islam sendiri bunuh. Masuk ikut atap. Fitnah melanda
Masalah2 itu tak payah cerita. Kalau kita cari siapa salah kita akan jadi salah. Sebab kita tak tahu apa sebenarnya masalah. Biar macam tuh tapi yang penting islam berkembang selepas tuh iaitu pada zaman muawiyah.
Bermula zaman islam bertentera armada. Bermula di Syam. Bina kapal. Nak menguasai lautan mideteraranean. Target adalah nak tawan constantinople. Bila dah siap kapal hantar armada, pergilah kepung constantinople. Ada sorang perempuan ummu sulai. Umur 70 lebih semangat nak pergi jugak nak kepung. Abu ayub al ansari pergi jugak. Kepung berbulan2. Abu ayub mati di situ tapi tak dapat jugak. Balik dan berhenti di cyprus. Ummu sulaim bt milhan naik ke cyrus jatuh kuda dan mati
Lepas tuh abis la. Islam berkembang sampai ke negeri china dan india dan sampai abis tuh abis la zaman umaiyah. Lepas umaiyah naik plak abaisyah 132 hijrah. Kita dah masuk abad ke 2 hijrah. Naik as-safa’ rampas kuasa dari umaiyah. Andalus jatuh pada tahun 92.
Jasa umaiyah sangat besar. Perluasan kuasa, armada laut, penguasaan andalus. Dalam masa 3 tahun berjaya tawan andalus.
Masuk abasiyah
Bila dapat je kuasa absiyah negara islam dah sangat2 besar dari hujung sempadan negeri china dan india sampai lautan atalntik dan tengah2 afrika sampai ke hujung dan naik ke turki sampai ke barat sedikit.
-----------------------04:48:14-----------------------------------------------
Pada masa umaiyah islam telah menguasai 2/3 dunia. 2/3 sebab kira kawasan yang ada orang duduk.
Harun ar-rasyid, al-ma’mun – khalifah abasiyah
Bila khalifah2 ni jenguk je kota dia kat tengah2 baghdad tu. Time umaiyah kota dimash. Tapi time abasiyah kota di baghdad.
“Wahai awan, pergilah kamu ke mana2 sahaja nescaya hasilnya akan kembali kepadaku nanti” – khalifah harun ar-rasyid
Khalifah dah taktau nak buat apa dah termenung2...time tuh la mula lahir pusat2 pengajian.
Imam shafie lahir tahun 150 hijrah. Imam maliki sebelum tu awal sket. Sebab dia tok guru kepada imam shafie. Imam hanafi mati time hari imam shafie lahir. Imam hambali anak murid kepada shafie. Semuanya start 150 iaitu zaman abasiyah.
Soalan: kenapa benda2 nih semua tak lahir time umaiyah atau sebelum2 tu?
Lpas tuh lahir ulama2 hadis. Bukhari (power). Imam bukhari hidup zaman bila? Dia adalah anak murid kepada imam ahmad hambali. Imam muslim anak murid kepada bukhari. Ibnu majah tarmizi nasaie – tindan2. Mereka nih ulama2 hadis.
Dah habis feqah, hadis. Mula ulama tafsir. Tabari, cari nama ulama tafsir yg awal2!
Bermulah zaman harun ar rasyid dan al ma’mun, al-hadi. Takde keje. Nak buka tanah dah abis dah. Banyak dah islam dah. Ilmu semua dah ada dah, feqah, hadis. Kemudian mereka mula menterjemah buku pulak.
------------------------05:00:48-------------------------
Kita gi amik semua buku2 kat egypt, kat grik, china, india semua angkut dan bawak balik ke baghdad untuk nak terjemah. Hantar orang untuk belajar bahasa untuk nak terjemah buku2. Contoh bahasa greek.
Terjemah semua buku ke dalam bahasa arab. Proses terjemah yang sangat agresif dan gila2. Banyak sgt sampai tatau nak letak kat mana. Bermula lah proses pembuatan kertas. Strategik sangat baghdad. Masjid berada di tengah2. Buku banyak sgt akhirnya sultan buat library nama dia darul hikmah atau baitul hikmah.
Belajar buat kertas, belajar buat dakwat. Lahir pelbagai industri time tuh sebab ramai yang menulis dan mengcopy. Buku kt library ada 1 copy je. zaman dulu ada fotostat tapi fotostat tangan.
Upah terjemah adalah seberat buku yang diterjemah.
Ada seorang ulama nama dia ibnu nadim. Dia telah buat katalog buku2 yg ada di baitul hikmah. Susun ikut pembahagian. Sampai sekarang leh tgk buku feh rasat. Senarai yg ada sangat banyak. Sebab pelbagai buku dari pelbagai tamadun. Tapi bila org Islam amik, dia terjemah dan develop. Hasilnya adalah tamadun islam. Bukan amik Salin gitu2 je.
Dia akan tapiskan isi2 buku2 tuh menurut islam. Semua buku dalam bahasa arab. Sapa nak belajar kena belajar arab. Ibnu sina dan bukhari bukan arab. Ibnu sina datang dari ceruk2 rusia. Lahirlah satu lagi kelompok manusia yang ada ilmu macam2. Fiqah-hadis-macam2..
Ulama2 dulu nih hebat. Bukan tahu satu bidang je. tahu semua. Tak mcm kita sekarang nih. Tahu engineer je. tak tau fiqah2...
Geng ibnu sina tahu semua benda. Dia belajar perubatan start 17 tahun. Umur 19 tahun dah jadi doktor. Power music, matematik, falsafah.
Aristotle plato ngan socrates – bapak falsafah pertama. Bapak falsafah kedua adalah ibnu sina. Islam pun berkembang la beribu2 ahli sains dan ahli falsafah time abbasiyah.
Seni makanan tidak wujud di zaman Islam dulu sehinggalah wujud di zaman abbasiyah. Pada tahun 300-400 lahir satu stail makanan apabila orang makin mewah, harta makin banyak dan kerja2 islam makin slow. Pembukaan tanah2 islam nih ada baik dan buruknya. Apabila islam bukak parsi zaman umar, harta banyak sgt. Dia rasa takut.
“bukan kekafiran yang aku takutkan pada kamu. Tapi apabila dibentangkan dunia kepada kamu lalu kamu akan berlumba2 untuk mendapatkannya. Lalu harta akan memusnahkan kamu”
Selepas umar menawan istana putih parsi dia suruh stop selama setahun
Madinatuz zahra khalifah buat atap daripada emas. Datang seorang penasihat baca ayat tentang bina atap dari emas. Khalifah nangis pastuh suruh cantas.
Zaman abasiyah lahirlah seni muzik dan seni makan. Lahir seorang nih nama Ziryab di baghdad. Di andalus stil jihad time tuh untuk serang perancis. Tariq bin ziyad dan musa bin nusair plan nak tawan constantinople dari barat.
Ibnu ziryab di halau dari baghdad sebab bergaduh pastuh dia masuk ke andalus. So bila dia masuk andalus mula la memperkenalkan di istana2 di andalus tentang kemewahan baghdad. Dia orang yg memperkenalkan tali no 6 dalam gitar.
Sama2 ngn ar-razi – musician2..andalus yang dulu start kuat ngn jihat, mula la start jadi mcm paris.. lembik.
Mula timbul seni makanan. Hiris2 bawang dan lada2. Sampai sekarang ibnu ziryab sangat popular di spain dan maghribi sebagai nama Pub ke kelab malam ke. Sebab dia mcm idola seni.
Zaman abasiyah dibahagikan kepada 2. Abasiyah 1 dan abasiyah 2. Apakah yang memisahkan antara 2 nih . pada abad ke 6 hijrah. Ketika umat islam sangat hebat dari segi tamadun, pada masa nih kemuncak umat islam kerana umat islam telah start ngn mekah. Mekah tidak ada negara. So islam kita kenal as zaman dakwah. Ada banyak usaha untuk meletakkan asas kepada islam di muka bumi ni. Kemudian dapat negara dan daulah. Zaman khulafa- pengukuhan dan pemantapan. Zaman abasiyah – membina tamadun.
Tamadun = hadharah
Pembinaan bermula selama 600 tahun. 13 tahun pengasasan dan dakwah. 132 tahun penyebaran islam, pembinaan, pengukuhan.disambung sedikit 50 tahun pastuh sambung kepada zaman hadharah.
Islam tanpa negara tidak akan dapat menarik manusia. Sebab? Dia hanya dapat menarik 3% sahaja sebab tak nampak perlaksanaan islam. Orang tak nampak islam cantik. Orang hanya nampak teori je. tak nampak praktikal dan perlaksanaan hukum islam.
Dalam negara islam takde orang mencuri. Kalau zaman nabi dulu takde orang mencuri pn. Sebab pe takde? Sebab kalau mencuri ada hudud.
Orang mencuri nak makan tak kena potong tangan. Zaman umar x kena tangkap.
Zaman islam orang x mencuri. Kerja cukup. Zakat ada. Kalau ada jugak nak mencuri pn sebab mmg gatal nak mencuri jugak mmg layak potong tangan. Zaman nabi pn ada 2 kes je. ada hikmahnya untuk tunjuk mcm mana nak deal ngn orang yg berzina. Umar rejam, darah terpercik kena dia. Umar marah kata celaka. Ko tau tak umar, dia telah bertaubat. Sekiranya taubat dia diterima dan dibahagikan kepada seluruh orang madinah nescaya ckup.
Hukum islam turun bukan nak menghukum tapi untuk mendidik. Sama analogi dengan kamera kamera speedtrap di UK n Malaysia.
Zaman selepas tuh adalah zaman membina tamadun. Nak ada tamadun kena ada negara islam. Apa jadi kalau nabi hantar abu bakar umar gi blajar ilmu. Nanti balik jadi hebat n mekah jadi hebat. Tapi orang tanya sapa pemerintah abu jahal. Orang puji abu jahal. Tak menyumbang kepada islam.#
Zaman abasiyah dan ibnu sina pn org kenal kehebatan islam bukan kehebatan ibnu sina sahaja. Orang tak panggil tamadun ibnu sina tapi tamadun islam.
Orang biasa disetkan dalam kepala otak apa yang dari barat adalah hebat dan smart. Barang yang branded disukai ramai. Sunnatullah adalah orang akan mengikut apa yg datang dari orang yg lebih maju darinya.
Zaman dulu orang2 di spain atau datang dari eropah adalah sangat berbangga kalau dapat bercakap arab. Balik ke negeri masing2 bangga kalau dapat cakap arab. islam telah menang dari kekuasaan politik dan juga kekuasaan hati time tamadun. Bila sampai tahap nih dah sampai kepada kemuncak dakwah, manusia terpaksa tunduk kepada islam walaupun nak atau taknak. Menguasai politik sahaja tidak kuat untuk menguasai hati.
Zaman dulu kalau orang pakai jubah sangat dihormati. Bila student2 abis grad hari konvo akan dipakaikan jubah. Sebab dah jadi hebat mcm orang arab sana tu.barat tiru abasiyah. Orang malaysia pn ikut barat pakai jubah. Tapi kita taktau kenapa pakai
Ketika hebat2 nih datanglah bala daripada Allah
Yang pertama :
Perang Salib – (1092)
1095 – baitul maqdis jatuh
Soalan: siapakah orang barat yang datang time perang salib?
Semua tentera2 dari eropah. Semangat perang jihad untuk membebaskan tanah suci diorang iaitu baitulmaqdis. Eropah time tuh 1092. University pn takde lagi. Takda apa. Dark ages. Ikut gereja. Taksub. Miskin. Tak mandi. Setahun skali mandi. Teruk. Masyarakat petani. Tapi ramai2 yang ikut tuh bawak cangkul bawak batu bawak apa saja sebab semangat nak gi perang sebab pope suruh.
Seberang sungai tak pandai berenang mati. Kena malaria la penyakit la macam2. Mati separuh dari bala tentera by the time sampai sebab mundur. Sampai ke baitul maqdis terkejut. Mcm orang asli masuk kuala lumpur. Dalam keadaan lemah sakit takde teknologi tuh mereka dapat tawan baitul maqdis time perang salib pertama. Kenapa?
Selama 200 tahun tertawan di tangan krisitian sehingga datang salahudin al ayubi dalam perang salib yang ketiga.
Bila masuk baitulmaqdis, kristian bunuh 70 000 orang. Sampai darah, bila kuda berjalan akan terpercik pada orang kat tepi dalam kota baitul maqdis. Masa saluhdin dia bagi org kristian keluar dengan bebas.
Di bosnia 80 000 perempuan muslimah dirogol. Dapat anak diambil anak tuh diberi kepada org2 kristian.
Mujahidin lawan serbia di bosnia nak bebaskan dari komunis. So bila serbia kalah mula NATO nak masuk.
Tentera salib nih ganas betul. Tentera islam yang maju nih pn boleh kalah.
Serangan Mongul (650)
Siapa orang mongul? – nomad, duduk di mongolia. Mongol nih padang pasir sejuk. Gurun gobi. Unta ada 2 bonggol.
Padang rumput besar masayarakat nomad, idup pindah randah pelihara kambing dan lembu. Kuda kenderaan. Hobi: berperang. Dari kecik dilatih berperang. Naik kuda tanpa pelana. Kuda sangat banyak. Boleh berperang tanpa pegang kuda pn. Memanah sambil bawak kuda.
Ibu2 disuruh beranak2. Berperang termasuk orang perempuan. Kerja berperang je. dilahirkan untuk berperang dan bunuh orang. Hobi tengok mayat banyak2. Start dengan genghis. Dia kumpul orang buta huruf ramai2. Sampai ke baghdad adalah Hulago, cucu genghis khan. Yang ada kat india dan pakistan adalah keturunan mongul.
Sebelum sampai ke baghdad dah takut. Imej mongul tinggi. Kekuatan orang islam adalah kalau kita pergi ke suatu tempat dalam masa sebulan orang dah takut. Tapi dalam kes nih mongul yang org islam di baghdad takut.
Sebelum lahir kerajaan murabitun, ada banyak khalifah dalam andalus. Khalifah2 nih bayar jizyah kepada keraja alfonso ke 6. Tiba2 ada seorang khalifah yang taknak bayar jizyah. Alfonso hantar surat.
---------------------------------------06:08:06-----------------------------------------------------------
Hantar semua anak branak khalifah, ulama’ untuk jumpa hulago. Masuk2 dia bunuh. Hampir separuh dari penduduk baghdad. Satu juta. Masukkan khalifah dalam karpet ditendang sampai mati.
Amik semua buku dalam baitul hikmah campak dalam sungai tigris buat jambatan untuk kuda2 lalu. Kenapa baghdad jatuh?
Adakah kita x maju?adakah kita tak ada tamadun?kita ada semua. Dari segi tamadun keilmuan xde sapa leh challenge. Apa yang x cukup? Apa yang menyebabkan kita kalah?
Terleka dan terlalai dengan kemewah dunia dan hiburan dan hiasan makanan
Orang mongul selepas 2 generasi masuk Islam walaupun ada yang masuk syiah. Pastuh membentuk kerajaan islam India.
Selepas tuh jatuh sejatuh2nya. Sehingga datanglah kerajaan uthmaniyah. Menawan balkan, greek, romania dan albania.
Kebangkitan Barat
Time perang salib semua pergi perang dan balik. Apa yang diorang bawak balik? Mereka bawak balik buku2 yang diambil dari kemenangan perang2 salib. Orang mongul amik buku campak dalam sungai, bakar buku2. Sebab diorang just suka tengok mayat orang.
Orang kristian lak minat buku. Amik buku bawak balik ke barat. Bawak balik sorang sket. Tapi tak pandai baca. Akhirnya mereka nih belejar bahasa arab dan terjemah ke dalam bahasa latin. Bila terjemah ke latin, terjemah ke bahasa inggeris, german, belanda.
Start diorang baca buku2 tuh start la diorang dapat benda yang kita buat dengan susah payah. Mereka amik hasil mudah je. ready made je. amik benda dah siap dari umat islam. Mereka maju dengan cepat. Tahun 1220 tubuh oxford. 2,3 tahun tubuh cambridge.
-----------------------------------------------06:21:29--------------------------------------------------------------
1400 masihi mula naik. Dan potong kita.
Vasco da gama memulakan pelayaran selepas sekejap je selepas kejatuhan andalus. Dia angkut ilmu2 islam. Pada tahun tuh juga colombus memulakan pelayaran ke amerika.
Eropah mula menawan negara2 islam dari sebelah timur. Belanda datang dan tawan indonesia. Datang plak inggeris. Mereka terus jajah2 sampai potong kita.
Pada tahun 1985, kita kat mana?
Masa barat datang dia telah menguasai politik kita tapi adakah dia telah menguasai tamadun dan hati2 orang asia.? Orang melaka taknak ikut pn cara pemakaian orang2 portugis. Tapi time kita di atas dulu barat ikut cara pemakaian kita. Tapi sampai satu masa kita telah ikut cara pemakaian barat tapi lambat.
Kita masuk kristian? Tak. Tapi kita ikut cara org kristian.”kamu akan ikut langkah2 orang sebelum darimu. Sejengkal, sehasta. Sehingga kalau diorang masuk dalam lubang biawak pn kamu akan masuk juga. Sahabat tanya siapakah orang sebelumnya?adakah yahudi dan nasrani?nabi jawab abis tuh siapa lagi?”
Ini Peranan Kita (analisa)
Kita sebut dari semalam bahawa sunantullah wujud di 2 bahagian ilmu. Samada sains tulen atau sains kemanusiaan.
Tapi kita nak faham sunan kauniyah kena pergi lab. Tapi nak faham sunan ijtimaiyah kena tengok kepada naik dan jatuh sesuatu tamadun. Kena tengok sejarah.
Kita bertanggungjawabuntuk membangunkan umat kita sebab kita nak supaya islam nih menjadi satu tamadun supaya pada masa tu orang akan respect islam dan akan tiru islam walaupun xnak masuk islam. Tapi of course time tuh kalau kita dah capai mesti orang teringin nak masuk islam.
Orang masuk islam berduyun2 di madinah. Pembukaan mekah telah mengislamkan hampir keselurhan orang mekah yang pada awalnya enggan untuk masuk islam.
Tanah2 lain yang hijau time umaiyah pun telah berduyun2 masuk islam. Sampai la ke abasiyah orang ramai masuk islam bila tengok tamadun.
Bila islam jatuh, barat mula naik, kerosakan telah berlaku. Barat telah menguasai tamadun kita dari segi sains tulen. Dia amik semua buku2 kita tapi tak pindahkan kuning telur skali. Just pindahkan putih telur je.
Kuning adalah matlamat. Putih adalah makanan kepada putih. Kuning penting kerana kuning akan menjadi anak ayam dan putih akan menjadi makanan kepada yang kuning.
Bila barat datang diorang amikputih dan tinggalkan aqidah. Amik physics, kimia, bio dll. Bila dia bawak ke barat dia nak isi dengan aqidah kristian dia tapi bila sampai ke barat gaduh ngan gereja dan paderi. Gereja jahat sangat tak bagi ikut ilmu2 islam. Kena ikut gereja je. gereja mensesatkan ilmu2. Ramai orang dibunuh dah dibakar. Akhirnya orang barat benci kepada gereja.
Kemuncak revolusi perancis mereka telah menggantung paderi dan membunuh raja. Yang tingal hanyalah sains. “ mari kita gantung raja dengan tali usus paderi”
Akhrinya bermulalah sekularisme. Kuning diasingkan dari putih. Putih jadi hero. Pergi gereja bila ada upacara saja. Sekular. Barat datang kepada kita bawak putih. Buat perjanjian pangkor
Mula berkembang sains nih jadi mcm2 benda yg kompleks. Mcm2 hiburan. Main game sebab tensen study calculus. Study calculus untuk nak cipta game tuh balik.
Orang asli nih idup biasa je. sains dia biasa2 je. takde teknologi. Ada teknologi sumpit je. happy je idup bawak blk mkn kt keluarga. Idup epy dan tenang. Takde research centre. Leh idup je. kosong je idup. Tak percaya tuhan. Ikut mood je. sama je mcm barat tak percaya.
Orang jepun bunuh diri sebab x ckup jam nak kerja. Aih aku x cukup jam kerja aku bunuh diri la. Tak dapat kerja cari duit ckup
Kita sekarang berada 2007. Kita tengok islam jatuh. Sekang nih orang nak tanak ikut barat. Bila kita ceritakan pasal ibadah dan khalifah
Khaliifah bukan bina bangunan tapi bawak balik manusia kepada ubudiah. Kalau semua orang ikut syaitan barat sekarng nih (dan timur la)..dan kita dok kat sini..kita berdosa x? Sedar x kita duduk kat mana sekarng nih
1924-622 = kita telah naik selama 600 tahun kita telah turun selama 600 tahun. Nabi tegakkan negara islam bukan sebab suka2. Tapi nak negara nih tak mungkin kalau takde 3% yang kuat nih.
Bila dapat negara Allah bagi satu tanah arab islam. Pastuh dah dpt empayar abis satu dunia masuk islam. Tapi ada orang2 lain yg lum islam. Tapi selepas ada tamadun terus ramai masuk islam.
Semua nih sunnatulllah yang telah ditetapkan. Berapa orang di baghdad? 2 juta. Tentera mongul tak smpai 100 000.
-------------------------06:49:56-------------------------------------
Kalau dalam peperangan kalau kita sedikit mesti kita menang kalau kita banyak mesti kita kalah. Kenapa?
Kita buat apa2 sekarang ni kena buat setiap benda tuh supaya orang masuk islam. Buat bangunan tinggi2 adakah dapat bagi orang tengok pastu masuk islam?
Pengulangan zaman mekah dulu dengan keadaan kita sekarang nih kan. Masa khalifah tu jatuh semua orang islam start berdosa sebab tidak ada satu kuasa yang menegakkan islam. Quran separuh je tinggal. Hukum tinggal separuh je yang boleh dilaksanakan. Orang islam memberi wala’ kepada orang kafir.
Tengok kepada negara2 arab sekarang nih semuanyamemberi jizyah kepada orang kafir. Mereka membayar tax dan jizyah minyak kepada barat.
Ada ke patut diorang yg datang serang negara islam pastuh mintak bayar kepada penyerang? Patut ke mcm tuh
Bila keadaan macam tuh ulama; cakap kita semua berdosa kecuali mereka. Time nabi wafat perkara pertama yang dilakukan adalah bersyura tentang pengganti khailfah
Tinggal saidina ali, fatimah, aisyah. Orang lain semua pergi mesyuarat. Sebab bagi orang islam satu saat sahaja tidak ada ketua mereka semua adalah berdosa. Mesti kena lantik khalifah sebelum mengurus mayat nabi.
Kalau kita solat, imam terbatal, on d spot kena ganti imam cepat2. Analogi.
---------------------06:56:33----------------------------------------------
--------belum abis lagi--------------
by: tariq ibn ziyad
0 comments:
Post a Comment