BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 27, 2011

Antara Semalam dan Hari Ini [INI SEJARAH KITA!!!]

Antara Semalam dan Hari Ini [INI SEJARAH KITA!!!]

قُل يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعاً الَّذِي لَهُ مُلكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ يُحْيِـي وَيُمِيتُ فَآمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi;tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk"
                                                                                                            [Al-A’raaf :158]
§  Risalah Nabi saw - pemisah alam gelap dan cahaya dan pengisytiharan bagi satu sistem baru untuk manusia.
§  Quran menjelaskan segala usul pemulihan sosial berasaskan:

o   rabbaniah
o    ketinggian manusia
o    akidah pembalasan
o    ukhuwwah kemanusiaan
o    takaful lelaki dan wanita
o    jaminan social
o    mengekang nafsu
o    ketegasan undang-undang
o    penyatuan ummat
o    jihad menegakkan kebenaran
o    kepentingan wujud negara Islam

§  Perlunya amalan disamping teori. Kewajipan akan melahirkan hasil pemulihan manusia:

o   solat dan munajat
o    puasa dan iffah
o    zakat dan infaq
o    haji dan renungan
o    kerja usaha
o    jihad
o    Nasihat
o    mencari ilmu
o    muamalah yang baik
o    menjaga jasad
o    solidaritas sosial

§  Tegaknya Negara Islam Pertama atas asas syumul ini. Lahir kesatuan kemasyarakatan, politik dll. Ia berjaya hancurkan keberhalaan, syirik, yahudi dan kristian dari bumi Arab. Terus mara ke Eropah dari timur dan barat. Semua laut dikuasai oleh Islam.
§  Umat Islam mengambil semua tamaddun dunia dengan tapisan Islam.
§  Faktor kelemahan mula menyerap:
o   perselisihan politik dan perebutan kuasa
o    agama menjadi cakap dan perdebatan
o   tenggelam dalam kemewahan
o    perpindahan kuasa kepada bukan Arab
o   lalai ilmu Sains
o    ghurur dengan kekuatan sendiri
o   terdaya dengan kuffar - jadi pak turut

Pertarungan politik :
o   Monggol menyerang, negara Islam pecah, Kristian ambil peluang.
o   Umat mula sedar- Solahuddin & Zahir Baybars menangkis - Islam tegak kembali dan menawan Istanbul melalui Othmaniah.
o   Eropah menggunakan ilmu dari tamadun Islam bangkit - menawan Sepanyol. Mereka maju dengan cepat, meneroka dan mencipta.
o   Serangan baru - menjajah negeri Islam dan menghancurkan Othmaniah selepas perang dunia I. Pusaka Othmaniah dibahagikan sesama kristian.
o   Umat bangkit kembali - menuntut kebebasan dan kemerdekaan.

Pertarungan Kemasyarakatan [Sosial]
o   Tamaddun Islam membuka mata Eropah - ditentang oleh gereja -penyiksaan - akhirnya gereja kalah dan dicampakkan ke ruang yang sempit.
o   Kemajuan berterusan dan agama diketepikan - kehancuran mula terserlah kerana terlalu kebendaan : (Menolak tuhan/ kebebasan tanpa sekatan/ kebebasan individu/ riba dll) Eropah gagal membahagiakan manusia.
o   Cengkaman kebendaan menular ke dalam umat Islam - barat ekspot materialism dan menghalang unsur kekuatan.
o   Eropah menguasai ekonomi umat, membawa cara hidup mereka, membina sekolah untuk serangan pemikiran.
o   Umat Islam mula kagum dengan barat dan cuba membuang Islam (Turki). Islam digambarkan secara silap.
Eropah menang dalam perang sosial selepas perang politik.

Dakwah Islamiyyah adalah Penyelamat
§  Beban adalah berat. Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu : (bebaskan tanahair Islam dan mendirikan daulah Islam).
§  Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan membuang penyakit dan jenayah.
§  Cara kita :

o   Iman yang mendalam
o   pembentukan yang rapi
o    kerja yang berterusan.

§  Wasilah kita ialah semua cara yang syar’I - terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk buat perubahan.
§  Akan ada orang yang memandang remeh dan menganggap tidak mampu merubah.
§  Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, kerajaan dan negara-negara akan menentang bila mereka tahu. Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan pengusiran mesti berlaku. Bersedialah !
§  Kita akan menang - (sebaik-baik dakwah, keperluan manusia, kesucian niat kita dan pertolongan Allah) menguatkan keyakinan kita.
§  Perlu segera menyahut seruan, mengukuh fikrah dan kesatuan.
§  Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau persatuan terhad. Kita adalah roh baru untuk ummat manusia.
§  Dakwah kita - Islam dan politik sebahagian darinya.
§  Kita bukan golongan penentang tetapi akan menentang sesiapa yang menghalang kebenaran.

Inilah Ana….
Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid Hasan Al-banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:
Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya, anda pula siapa?”
Soalan :
Part 1 : Sejarah Jatuh Bangun Ummat
  • Apakah sebab utama yang menjadikan orang Arab hebat dari segi sains dan teknologi pada abad 9, 10 dan 11 masihi ?
  • Kebanyakan sumber tamaddun Islam pada abad-abad tersebut adalah di ambil dari tamaddun bukan Islam seperti China, India, Rom, Greek/ Yunan. Mereka menjadi maju kerana mengambil tamaddun tersebut. Kita di zaman ini juga perlu berbuat demikian (mengambil dari tamaddun barat) untuk maju. Apa komen anda?
  • Bagaimana barat berjaya mempengaruhi orang Islam hingga menjadikan orang Islam terikut dengan cara mereka?
  • Di mana silapnya barat.. walaupun mereka maju sains dan teknologi tetapi mereka tetap menderita perasaan dan hidup mereka. Apakah sains dan teknologi tidak boleh membantu kebahagiaan manusia?
  • Apa kesan terbesar bagi umat Islam bila mereka tidak lagi mempunyai negara Islam dan seorang khalifah ?

Part 2 : Tugas dan Peranan
  • Memandangkan apa yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, apakah tanggungjawab yang paling perlu dibuat oleh Umat Islam hari ini ? Jelaskan mengapa ianya paling perlu ?
  • Bagaimana cara untuk sampai kepada matlamat tesebut ?
  • Apakah perkara-perkara yang menjadi faktor menjamin kemenangan dan kejayaan matlamat kita?

0 comments: