BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 8, 2012

medan baru....adakah aq bersedia?


dalam  menghitung hari dgn jari, tinggallah lagi dalam 6-7 hari lagi bagiku mempersediakan diri bagi menempuh sebuah medan yg baru bagiku dalam memperkemaskan dan memantapkan diri sebagai individu muslim di sebuah bandar metropolitan new york ,amerika.

sebagai student kejuruteraan industri, sudah tentu aq juga akan disibukkan dgn laboratory works, assignments, outdoor activities, grouping works, quizzes, n examinations. jadi, masa akan menjadi  satu element yg agak crucial dalam memastikan gerak kerja DnT ku tidak terbantut. melalui pengalaman yg lepas, aq sanggup pergi daurah walaupun keesokannya harinya ada final exam, sanggup keluar sampai lewat malam  hari walaupon keesokannya ada kuiz, namun dapatkah aq mengekalkan momentum yg sama di tempat yg berbeza dan cukup asing bagiku?

dalam memikirkan masa yg mendatang, dapatkanh aq terus thabit di atas jalan ini? kini, aq dapat melihat akan suatu     kitaran yg mana Allah akan menggantikan posisi manusia sekiranya dia lalai, bahkan akan menggantikan dgn individu yg lebih mantap dan jelas akan matlamat hidup nya .sekiranya aq cuba lari dari jalan ini, DnT terus akan berada di landasannya namun aq lah yg akan kerugian...sesungguhnya, JANJI ALLAH ITU PASTI bahawa islam itu pasti menang.begitulah slogan yg sentiasa bermain di benak anak2 palestin yg terus berjuang mempertahankan tanah air mereka.

jika diukur dan dibandingkan diri ku dgn pemuda2 palestin, ku rasakan amat lah jauh sekali dari segi jihad.
jadi, adakah aq layak utk menempah ruangan di syorga yg kekal abadi? aq melihat akan jejak2 orang selepasku semakin melaju dan ada juga yg tidak dapat ku kejar lagi, adakah ini bermakna aq lambat atau diri semakin jauh dari golongan tersebut? sukar bagiku mencari jawapan bagi persoalan ini.

dalam medan df, aq masih tidak mampu mengejar langkah teman2 seanggakatan dgn ku dalam mentajmik ank2 "bg". dek kesibukan diri dan semangat yg tidak cukup kuat, aq mampu melihat kesan2 nya skrng dan mampu jugak melihat akan perbezaan2 yg terhasil melalui cara didikan yg berbeza2.

walau macam mana pun, aq masih muda dalam jalan ini dan memerlukan pengalaman bg menjamin ke'montaj'an gerak kerja slpas ini. setiap pengalaman itu mematangkan diri dalam segenap aspek hidup dan merubah pandangan terhadap masyarakat.

trimas buat teman2 seangkatan ku yg sanggup melayan kerenah dan masalah diri sepanjang perjuangan kita bersama.......a*am t, ir*an,ha*im, so*imi, ai*.







0 comments: