BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 10, 2012

qada' dan qadar.....apa itu?

dalam bahasa senangnya, ia bermaksud aturan dan pelaksaan hukum Allah terhadap makhluknya.

dewasa kini, kita sering mendengar akan kata2=

''aku buat jahat pon, kalu Allah dah tetapkan aq masuk syurga, masuk juga''

''eleh, kalu aku buat baikpon, dah kalau aq ditetapkan ahli neraka, xde guna nya jadi baik''


namun, di manakah kebenaran di sebalik kata2 ini?

bagi ana, perumpamaan yg paling mudah utk memperjelaskan prinsip dan kaedah qada' qadar ini ialah ''COMPUTER PROGRAMMING''

sekiranya anda student engineering, sudah pasti anda akan mempelajari coarse ini.....

contoh, dalam subject ini anda akan diminta utk buat program komputer. dalam  programming, anda akan belajar looping, switch, array, string and etc malahan akan terbiasa dgn istilah

''if '' and ''else''

''switch''

''for''


apa yg hendak dikatakan kat sini ialah anda akan membuat aturan program komputer anda dan kebiasaan nya utk program yg memerlukan  PILIHAN ''YES'' dan ''NO'', maka banyaklah cabang yg perlu anda lakukan( macam ranting pokok laa)


satu kali pecahan WAJIB membuahkan banyak ranting( ataupon macam MLM)

ADA FAHAM?

kalu anda engineering student,  mungkin senang bg anda utk faham maksud saya mengenai aturan ranting ini yg mana memerlukan anda merangka setiap ranting ini dengan jelas. setiap kesalahan pada rantai ranting ini akan menyebabkan program anda tidak berfungsi @ corrupt.

nak dikatakan kat sini, begitu jugalah aturan ALLAH. ALLAH telah merangka aturan hidup kita dengan pelbagai ranting pilihan.


(as-syam)

8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).



sesungguhnya, ALLAH memang telah menetapkan aturan itu sampai lah kita menghembuskan nafas yg terakhir tetapi kitalah mementukan arah mana yg mahu kita tuju.

sekali kita tersilap langkah, pasti ada jalan untuk balik ke arah kebenaran. jadi, pelaksanaan qada qadar itu adalah pilihan yg di berikan kepada setiap makhluk.

kitalah yg mencorakkan ke arah manakah kita menuju.....SYURGA @ NERAKA....


0 comments: