Islam vs jahiliyyah dalam diri …by ali
Ali merupakan seorang pelajar grade 12 di
sebuah pusat pengajian persediaan ke luar Negara.
Sejak terjerumus dalam dunia dakwah dan
tarbiyyah, ali merasakan bagai ada sinar baru yg menyinari hidupnya dan sinar
ini tidak pernah di peroleh sewaktu zaman persekolahannya.
Sinar ini berputik
dua tahun lalu sejak ali melangkah masuk ke sebuah pusat pengajian utk
menyempurnakan 12th grade seterusnya menyambung pelajaran ke
universiti terkemuka di amerika syarikat.
Sejak mengikuti wasilah2 tarbiyah, ali
merasakan hidupnya semakin sempurna dan dapat mengenal islam dengan lebih halus
dan terperinci di samping dapat berkenalan dengan rakan2 yg punyai tujuan hidup
yg sama. Ukhwah yg terjalin menjadi satu rantaian sokongan yg kuat dalam
menghadapi cabaran2 dakwah dan tarbiyyah yg berbentuk fizikal dan spiritual.
Namun begitu, apabila ali cuba melangkah
kedepan dari segi gerak kerja dakwah dan tarbiyyah(D&T), tarikan jahiliyyah
juga semakin kuat. Kadang kala, ali kalah dalam menghadapi tarikan jahiyyah ini
dan ia mampu menggoyangkan jiwa raga ali utk terus kekal dalam D&T.
Adakalanya, ali termenung memikirkan akan
peranannya dalam D&T. ali khuatir sekiranya dia terjerumus ke dalam
lubang-lubang jahiliyyah. Antara benda yg paling dirisaukan ialah hubungan ali
dengan ALLAH apabila ali tumbang ke arah
jahiliyyah . Walaupun ali terus buat D&T, ali risau akan keredaan dan
keberkatan dari ALLAH tidak bersamanya sepanjang
pergerakan dakwahnya.
Tidak dapat tidak, ali wajib buat D&T
kerana itu antara tali-tali yg dapat menarik ali ke dalam syurga yg indah dan
terdapat sungai yg mengalir di dalamnya. Amatlah cantik nan indah tempat
tinggal orang2 yg mendapat keredaan tuhanNya. Oleh kerana itu, gerak kerja
diteruskan namun hati ini sering gundah gelana apabila memikirkan saat2 diri
ali tewas kepada jahiliyyah. Walaupun kadang kala rasa bersalah kepada diri
sendiri, naqib dan mad’u, namun perjuangan tetap diteruskan bagi mengejar cinta
rabbul alamin.
Dalam melangkah kehadapan, ali merasakan
belengu jahiliyyah semakin menebal dan sukar dikawal tambahan lagi bila mana
diri keseorangan. Mahupun pelbagai cara dan altenatif diwujudkan bagi menentang
jahiliyyah ini, kenapa jahiliyyah ini tidak dapat di buang secara total???
‘’Ya ALLAH, tunjukkan lah dan bimbinglah
aku dalam menghadapi rantai-rantai api nerakaMu yg sungguh indah di mata dunia
namun amat perit di dalam api neraka. Oleh kerana Engkau mengurniakan ujian yg
sepatut aku sebagai hambaMu mampu hadapi, maka permudahkan lah bagiku untuk
menghadapinya dan jangan lah Engkau memasukkan aku kedalam golongan orang2 yg
berpaling dari hidayahMu. Sesungguhnya, kepada Engkaulah tempat aku meminta
pertolongan.’’
Oleh kerana pergerakan D&T ini
melibatkan satu gerombakan manusia, Ali merasa sangat bersalah sekiranya
kealpaan ali dalam menentang jahiliyyah dalam diri merencetkan perjalanan
D&T orang lain. Bagaimana harus ali menghadapi muka-muka yg telah banyak
membimbing dan memimpin ali sampai ke tahap ini. Amatlah besar dan banyak
pengorbanan yg mereka lakukan dalam membina fikrah dan qudwah dalam diri ali.
Adakalanya ali tidak sanggup berhadapan dengan mereka bilamana ali tewas dgn
jahiliyyah.
Sesungguhnya, jahiliyyah amat kuat
pengaruhnya. Semakin tinggi usaha kita untuk mendekatkan diri kepada ALLAH,
semakin kuat juga tarikan jahiliyyah yg menarik kita dari mendekatkan diri
kepada ALLAH. Sepanjang mengikuti D&T ini, ali dapat melihat ramai ragam
masyarakat kerana kerja ini antaranya ialah untuk menyantuni masyarakat agar
sedar akan tanggunjawab individu muslim. Antara perkara yg menyedihkan ali
ialah melihat rakan2 ali yg dahulunya sama2 berjuang atas jalan ini,, akhirnya
meraka futur. Antara sebab utama mereka futur ialah kerana munculnya bibit2
jahiliyyah dalam diri mereka dan ianya tidak segera diubati.
dalam mengharungi usia muda dan kehidupan
masyarakat sekeliling yg tidak mengamalkan islam secara total, semangat ali
kadang kala tergoyang dek tiupan angin sekeliling. Namun, sebagai muslim yg
memahami tujuan hidupnya, ali tetap akan kuatkan semangat agar bisa mengharungi
jalan D&T yg sungguh panjang dan penuh onak dan duri ini.
p/s
jahiliyyah ialah semua benda selain islam….
0 comments:
Post a Comment