BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 11, 2012

kenapa aku menaip blog?

Setiap amalan perlu didasari degan niat dan metodologi yg jelas agar penghasilannya itu success.


ibi dapati ramai ulama dan ilmuan terdahulu seperti imam razali, ibnu khaldun, ibn sina dan sebagainya membunyai buku dan mashaf sendiri dalam penyebaran maklumat kpd masyarakat sekeliling.


Tidak lupa juga kepada ulama dan ilmuan terkini sperti yusof alqardawi dgn buku ‘halal dan haram’, ustz zaharuddin dgn blognya zaharuddin.net, dan banyak lagi.


Jadi, ibi terfikir kenapa mereka semuanya menulis?

Fikir punya fikir, eibi menemui idea bhw inilah medan untuk orang-orang hebat yg Berjaya serta diiktiraf menyalurkan bakti dan kefahaman yg Allah berikan kepada mereka.

Sesungguhnya, amat lah besar pengaruh Sesuatu bahan bacaan kpd orang-orang yg memahami menggunakan mata hati mereka.

Contohnya, karangan Hassan albanna seperti risalah ‘antara semalam dan hari ini’ telah banyak membuka mata umat islam yg tertidur dan dikaburi oleh perancangan musuh-musuh ALLAH. Dalam risalah tersebut, banyak menerangkan pasal keagungan islam dan dimana harus letaknya islam di kaca mata umat islam itu sendiri.

Tetapi, oleh kerana perancangan musuh-musuh Allah itu amat teliti, ramai orang islam yg terpedaya dengan ideology dan kefahaman musuh-musuh Allah hinggakan umat islam sekarang berfikiran under control musuh2 Allah.

Sedikit penulisan yg disertai dgn fikrah yg mapan mampu menghidupkan hati2 yg telah berkarat. Wujudnya pelbagai risalah2 lain yg boleh diketengahkan, namun eibi hanya mahu memetik risalah tersebut sahaja buat kali ini. Sesungguhnya, risalah dari orang2 hebat mampu melahirkan orang2 yg hebat dan selagi mana risalah ini tidak terhapus, selagi itu lah product2 sumber manusia dari rislah ini akan terhasil. Walaupun risalah ini terhapus sekalipun, musuh2 ALLAH tidak akan mampu meleraikan ikatan syahadah yg tinggi ini(laa ilaa ha illallah) kerna janji Allah itu pasti.

Fikirkanlah bagaimana education system kita pd hari ini mampu menjadikan singa-singa Allah bertukar menjadi kambing-kambing yg bertebaran apbl hujan…..

Dimanakah kesatuan ummah pd masa kini?

Tanyalah diri anda sendiri? Sejauh mana anda merasakan kesatuan itu penting……..
Bak kata pepatah melayu, bersatu kita teguh,bercerai kita roboh….

Jadi, oleh kerana eibi mahu menjadi umat islam yg hebat, ibi harus meniru usaha2 dan langkah2 orang yg hebat sebelum ibi…….


Wallahua’lam

0 comments: